:: Andai aku tahu ::


Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad..
Selawat dan salam keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW yg dirindui dan dikasihi sekalian umat di muka bumi ini~

Hadirnya detik ini dan saat ini, membuat aku sungguh rindu kepada sang kekasih hati Allah..
merindui kehadiran ku di bumi anbiya, menerbangkan segala khayalan ku di Masjid Nabawi, berada di taman syurga Raudhah..
Teringat seusai peristiwa ku di kejutkan dengan insiden di Jabal Rahmah..
Seusai pengembaraan ku di Kota Mekkah, ku menyulusuri perjalanan ku ke Kota Madinah..
Diri ku serahkan sepenuhnya kepadaNya..
menjejakkan kaki ku di Masjid Nabawi, seolah2 aku telah melepaskan rindu ku buat kekasih hatiNya. Air mata bercucuran seketika bila kaki di jejakkan di dalam masjid.
sujud syukur ku kerana masih lagi diberi peluang utk menzahirkan dan meluahkan rasa rinduku buat Mu Rasulullah..
Tatkala itu, segala2Nya yg ku pendam, ku lontarkan kepada sang kekasih hati..
segala2Nya ku luahkan rasa cintaku buat nya..
Luhur dan sejujurnya itulah indah melahirkan rasa cinta dan kasih buat sang kekasih pencipta yg abadi..
Tiada apa yg mampu aku sorokkan dan tiada apa yg dapat aku elak dari berterus terang padaNya..
seolah-olah aku berkongsi segala peristiwa yg berlaku atas diriku..

Dan kini, aku rasakan yg amat hina kerana seolah2 merasakan sudah jauh dariNya.
Betapa mudahnya manusia di uji sedekemian rupa.
sungguh, Akulah pendosa itu..

Aku rindukan aku yg dulu.. aku rindukan aku yg memendam rasa.
aku rindukan diriku yg bersikap berdiam diri dan seolah-olah tiada siapa yg memahami aku..
aku rindukan diri ku yg tiada seorang pun yg akan lebih mengetahui apa yg aku rasa.
kerana aku rindukan insan yg mengenali aku iaitu dia.
kau tahu siapa kau.
Kau kan temui bahagia, walaupun aku tidak bersama
jgn kau gusar aku akan selalu ada 
dari jauh kau masih ku cinta..
Yg mengenal mu cuma aku, tidak ku menyesal mencintaimu
dan ku harapkan kau juga mendoakan ku..
*Sesungguhnya aku mohon agar kita dipertemukan pada masa yg tepat*

~Hadirkan aku dlm setiap bait doanya, hadirkan aku dlm Istikharahnya~
hadirkan aku sbg pelengkap dlm hidupnya.


 Siapa dia? dia hanyalah insan yg akan dianugerahkan oleh Allah buat hambaNya.
Sesungguhnya ceritera ini hanyalah anugerah dari Dia.
Sungguh aku rindu untuk bersama denganNya..
Kerana tiada siapa yg dpt menghalang perasaan Cinta dan Kasih sayang seorang hamba dengan sang pencipta dan sang Kekasih hatiNya..

0 comments:

Post a Comment