:: My KIDS ::


Bismillahirahmanirahim~

Yes, I'm proud to say that i have my own kids~ 
tolong jangan gabra..
My Kids is always be my special kids..
Heartmelt and tears drop bila ingat kat diorang ni..

Mereka semua ni is my students masa jadi guru ganti di SK SS 19 Subang jaya 
*sekolah belakang rumah* 
The best part is being a special kids teacher is that memang sangat best and banyak cabaran dan dugaaaaannnnn~
Yes, tak tipu.. but, its my eye opener sebenarnya.
tak pernah terfikir and tak pernah termimpi pun akan mengajar *walaupunskjap*
anak-anak ini..

And they always be the best for me. walaupun sorang dua yg memang menguji kesabaran tapi, kita kena faham yg diorang bukannya buat-buat utk perangai mcm tu tapi because its nature yg macam tu.
so, my special kids terdiri dari ADHD disease, Sindrom down, and autism and slow learner or keciciran.

ADHD : 
Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) is a common condition that affects children and adolescents and can continue into adulthood for some. *copypasta*

Ok, nampak tak "hyperactive" tu? haa. ini category hyperactive students yg kes nya sangat sangat hyper and yg suka main kejar-kejar dengan cikgu. tak kira masa and tak kira tempat. nasiblah pakai baju kurung ke, kasut tinggi ke memang nak tak nak memang ko kena kejar, kalau tidak, Habisss... tak di tepi padang, di tepi longkang or kat tempat mana-mana je budak-budak ni pergi..
ok, next is 

SINDROM DOWN:

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. *copypasta*

Yang kes ni mcm biasalah and one of my favorite students, Natasha :) 
kanak-kanak ni has its own specialty. and diorang ni sangat sangat sensitif. Pernah sekali tasha duduk depan pintu kelas sblum cikgu nasha (Its me) masuk class, and bila cikgu masuk, Tasha nangis and nangis and bila cikgu tanya kenapa, dia terus datang and peluk cikgu and say " I want daddy" " I want popoo" popoo tu kiss pipi.
Yang zainal pulak, suka main "chak chak" and suka berlagak gengster. Otai budak ni. pantang suh g bantai org, laju je tangannya. *bahaya*
Oh my! kalau bercerita psl diorang ni memang tak pernah habis! *rindu sgt*

AUSTISM:

Autism spectrum disorder (ASD) and autism are both general terms for a group of complex disorders of brain development. These disorders are characterized, in varying degrees, by difficulties in social interaction, verbal and nonverbal communication and repetitive *copypasta*  
 *copypasta*

Iman yg sangat suka angry bird and she loves to play bowling. tapi angry bird memang faveret nya. waseem pulak suka makan. tapi this year waseem dah masuk sekolah menengah. tapi suka "gaduh" dengan dia waktu makan~ haha..what a memories dengan diorang ni..
 oh my. sejak jadi guru ganti tu, banyak pengalaman yg kukutip dari cikgu-cikgu yg berpengalaman kat sini selain dengan PPM (Pembantu pengurusan murid) tanpa diorang bengkok lah aku dan cikgu-cikgu yg lain..serious, wa salute PPM seMalaysia. 
Makan, Minum, urusan toilet *faham2 sendiri* and semualah..
Tanpa kata2 semangat diorang, takkan bertahan aku dengan anak-anak ini sehinggalah sekarang.. i miss them so much.

Pagi-pagi pergi joging, lalu belakang sekolah sambil dengar suara cikgu-cikgu ku menjerit panggil nama sorang-sorang. I miss it a lot..

Bukan itu saja, the best part is i get to learn Swimming!!!! 
yeah. Btw, anak-anak ini jangan di cabar swimming, diorang hebat hebat belaka *Thumbs Up*
diorang akan ikuti terapy bowling and swimming setiap minggu and masa tu lah boleh nampak skill diorang..

Biar gambar berbicara ya.
Natasha, farhana, Thiru *yg tutup buku*,zainal, me and kamal  
 *setiap kali pulang hantar anak2 ni depan gate sekolah*

Ini terapi renang di pusat akuatik shah alam. *mind you, ini kolam yg dewasa yg dlm 10 kaki*
so this is one of the terapi la kan~

During hari perkhemahan PPKI.

Adorable tasha and fazrin and gorgeous kak rina and cikgu malik *one and only men dlm ppki*

 
Class activities :)

 
With Puan pengetua, penolong kanan and the kids!
Tanpa mereka di sisi saya, siapa lah saya. Thank you cikgu2, kakak2 sekalian! you are the best!!

The best sporting ever.. Thank youuuuu!!


*In Shaa Allah akan kembali bertugas di PPKI soon. Doakan temuduga saya esok berjalan dengan lancar* :) I love you guys to the max..


I LOVE YOU GUYS LILLAHI TAALA..


Syukran ya Allah kerana membuka pintu hati ini and tanpa pengalaman ini mungkin aku tidak akan pernah mengerti kepayahan dan kesusahan mereka yg lain..
Sujud syukur yang tak terhingga. 
Sebuah perjalanan yg di lalui penuh rahsia.
Permudahkanlah urusan HambaMu ini..
In shaa Allah Cikgu nasha is back!

:: DUNIA ::


Bismillah~ 
Bermalasan di sudut pena ini..
Meneliti dan menyulusuri setiap bait-bait kata-kata, omongan-omongan manusia yg pelbagai ragam dan cara..

Each of us ada opinion masing-masing. Antara hal dunia dan juga Ukhrawi..
dan terdetik. Dunia mana yg kita mahukan?
dunia apakah yg kita akan kekal?
selama mana mungkin akan kita tinggal dan hidup di sini sebelum kembali kepada Maha Pencipta?

Sudah cukupkah segala-galanya? sudah bersedia kah kita?
Banyak sudah kah amalan-amalan yg kita lakukan?
Mampukah kita utk berdepan dengan pelbagai segala macam keadaan?
Manusia tidak pernah lari daripada kesilapan dan juga manusia sentiasa akan sedar kesilapan yg di lakukan..
terpulang pada diri sendiri utk melihat sejauh manakah diri kita terhadap diri sendiri dan juga org lain..

Umur sudah meningkat, tapi achievement utk diri sendiri pun tak ada lagi, apatah lagi utk pleased org lain~ Dan kita tidak akan pernah rasa puas utk mengumpul dan cuba utk 'mempulun' kan diri dgn nikmat dunia.

kadang-kadang sampai bila kita nak rasa mcm ni. Sampai bila kita nak rasa satisfaction? sampai bila? only us have its own answer..
Dunia ini adalah medan ujian. Ujian bagi hamba-hamba Allah..
Ujian bg org-org yg merintih dan org yg ingin mencari dan mendapat keredhaan Allah..

Sungguh, aku bukanlah novelis mahu pun seorang puitis apatah lagi seorang karyawan yg tinggi dan hebat bahasanya.
Tapi aku rasa kepuasan apabila aku cuba untuk bermonolog di ruang ini..
seolah-olah aku muhasabah dan bercakap dgn diri sendiri. Dan seolah-olah aku merepek utk diri sendiri..

Sungguh manusia itu tidak pernah puas dan tak akan pernah dapat kepuasan utk diri sendiri dan org lain atas apa yg kita lakukan..
Nikmat yg kadang-kadang kita sambil lewa dan nothing to be bothered..
that's life now i guess..
Diam tidak bermakna kita "bodoh" tapi diam itu membuat kita berfikir dan buat kita analisis.

Pernah kebetulan sembang dgn seorang pakcik ni di walimah seorang sahabat dan bebicara tentang politik *malas nak layan*
dan dia borak dgn seorang lagi sahabat ni and i get my self shut and just listening to their conversation.
And i pretend not to listen kan sebab kebetulan pakcik itu "bendera merah putih and darah biru " mengalir dalam badan nya * u know what i mean*
so ambil keputusan utk makan secara perlahan-lahan and dia tau kami students UIA so, dia memulakan "tazkirah" nya.

Mukadimah, bla bla bla and bla.*totally can't rmember exact words yg dia ckp* so, dia pun tanya lah sahabat sorang ni and sahabat ni pun berhujah lah dgn pak cik tu so, pakcik tu need my respons. so, i was like *err, pakcik ni tak nampak ke org tgh mkn kan*-dlm hati..
And i tend not to response to him and buat2 tak dgr kan~ sbb malas nak layan.
Then pakcik tu teruskan borak dgn shbt sorg ni and end up he said to me 
" Diam-diam berisi ni. dia diam bukan sbb tak nak ckp, tapi banyak benda nak di kaitkan. Banyak benda nak cakap cuma masa tak mengizinkan".
And i was like Damn~ *dlm hati*

So, to say that seseorang itu diam bukan bermakna dia tak da benda nak cakap tapi sebab seorang itu perlu fikir secara logika or dah mmg perangainya memerlukan ruang utk menyampaikan sesuatu dgn cara yg sesuai.
Yelah, salah cakap or salah explanation akan bawa kpd salah faham pulak~
just a random tought~

Back to reality, Dunia mana yg kita mahu kejarkan?
Both? duniawi and ukhrawi?
How do we present it?
Mcm mana cara kita utk mem 'balance' kan this two?
as for me, i'm soooo need to learn more.
Hidup dan perjalanan ku masih panjang 
*andai maut ku belum sampai waktunya* 
Each and every step kita sama-sama mohon yg redha Allah sentiasa ada bersama kita.
This world now a days sgt sgt kesusahan dan kepayahan..
Apabila semua mahu di fatwakan dan apabila semua mahu di berikan "hukum"
sedangkan benda yg jelas terang dan nyata yg di tuntut dari segi syariatnya tidak di ambil peduli~

Dunia akhir zaman..
Apabila manusia semakin alpa, termasuklah diriku yg hina ini..
Kita adalah Pendosa, pendosa yg mencari kembali jalan-jalan yg lurus..
Kita pernah lakukan kesilapan, dan kerana itulah yg buat kita bangkit dan lebih kuat..
Kuat dan berusaha menjadi yg terbaik untuk diri sendiri dan orang lain~
Each and everyday we are struggling to be better ~

:: Andai aku tahu ::


Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad..
Selawat dan salam keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW yg dirindui dan dikasihi sekalian umat di muka bumi ini~

Hadirnya detik ini dan saat ini, membuat aku sungguh rindu kepada sang kekasih hati Allah..
merindui kehadiran ku di bumi anbiya, menerbangkan segala khayalan ku di Masjid Nabawi, berada di taman syurga Raudhah..
Teringat seusai peristiwa ku di kejutkan dengan insiden di Jabal Rahmah..
Seusai pengembaraan ku di Kota Mekkah, ku menyulusuri perjalanan ku ke Kota Madinah..
Diri ku serahkan sepenuhnya kepadaNya..
menjejakkan kaki ku di Masjid Nabawi, seolah2 aku telah melepaskan rindu ku buat kekasih hatiNya. Air mata bercucuran seketika bila kaki di jejakkan di dalam masjid.
sujud syukur ku kerana masih lagi diberi peluang utk menzahirkan dan meluahkan rasa rinduku buat Mu Rasulullah..
Tatkala itu, segala2Nya yg ku pendam, ku lontarkan kepada sang kekasih hati..
segala2Nya ku luahkan rasa cintaku buat nya..
Luhur dan sejujurnya itulah indah melahirkan rasa cinta dan kasih buat sang kekasih pencipta yg abadi..
Tiada apa yg mampu aku sorokkan dan tiada apa yg dapat aku elak dari berterus terang padaNya..
seolah-olah aku berkongsi segala peristiwa yg berlaku atas diriku..

Dan kini, aku rasakan yg amat hina kerana seolah2 merasakan sudah jauh dariNya.
Betapa mudahnya manusia di uji sedekemian rupa.
sungguh, Akulah pendosa itu..

Aku rindukan aku yg dulu.. aku rindukan aku yg memendam rasa.
aku rindukan diriku yg bersikap berdiam diri dan seolah-olah tiada siapa yg memahami aku..
aku rindukan diri ku yg tiada seorang pun yg akan lebih mengetahui apa yg aku rasa.
kerana aku rindukan insan yg mengenali aku iaitu dia.
kau tahu siapa kau.
Kau kan temui bahagia, walaupun aku tidak bersama
jgn kau gusar aku akan selalu ada 
dari jauh kau masih ku cinta..
Yg mengenal mu cuma aku, tidak ku menyesal mencintaimu
dan ku harapkan kau juga mendoakan ku..
*Sesungguhnya aku mohon agar kita dipertemukan pada masa yg tepat*

~Hadirkan aku dlm setiap bait doanya, hadirkan aku dlm Istikharahnya~
hadirkan aku sbg pelengkap dlm hidupnya.


 Siapa dia? dia hanyalah insan yg akan dianugerahkan oleh Allah buat hambaNya.
Sesungguhnya ceritera ini hanyalah anugerah dari Dia.
Sungguh aku rindu untuk bersama denganNya..
Kerana tiada siapa yg dpt menghalang perasaan Cinta dan Kasih sayang seorang hamba dengan sang pencipta dan sang Kekasih hatiNya..

Bahagiaku KeredhaanMu | Azhar Hilmi (Cover Bahagiamu Deritaku by Hafiz)




Worth of sharing right~ Semakin jauh semakin derita..~ Akulah pendosa itu..

:: Suram ::


Petang hari..
Mengelamun entah sampai ke dunia mana..
Meniti perjalanan hidup seorang hamba yg hina di sisinya..
Seorang pendosa yg mengharapkan pengampunan dari yg Maha esa..
Luluh hati, Hancur hati memikirkan ceritera hidup yg entah bila kan berakhir..
Memikirkan sampai bila harus aku kuat mengharungi hari-hariku..

Di setiap langkah, di setiap nafasku, hanya Mu Ya Rabb..
meniti hari usang ku, memohon ampun, sujud ku hanya padaMu..
Masih lagi mencari secebis harapan, mencari sinar kebahagian dariMu ya Rabb..
Andai ada ruang pengampunan buat hambaMu yg hina..
Andai ada ruang itu buat ku yg hina, ku mohon padamu..
hadirkanlah ia buat hambaMu..

Penyesalan ku sehingga ke akhir hayat ku.
Andai dapat aku titip coretan ku ini buatmu..andai ku dapat bisikan segalanya padaMu ya rabb.
Sesungguhnya, apa yg jelas adalah rahsiaMu..
apa yg tersirat adalah dalam pengetahuanMu..
Tiada mampu ku menahan, tiada mampu ku sembunyikan lagi..
setiap gugurnya air halus di pipi, ku ikhlaskan buat mu YaRabb..
Hidupku tiada punya apa-apa..tiada tempat bergantung,
Hanyalah padaMu..
Hadirkanlah aku dlm setiap bait doaNya..Hadirkanlah aku sedaya mampu dalam hidupnya~

Walau ku tahu, dunia ini adalah milikMu, Hati ini adalah milikMu..

 
 
 

:: A Walk to Remember::


A Walk to remember.
Tika ini, saat ini and at this moments, only He knows what i feel, and what i miss the most.

Saat aku melepaskan segala-galanya, saat aku berserah segala-galanya, saat aku bermuhasabah diri aku, saat aku berpijak pada bumi yang nyata, saat aku mula meleraikan apa yg terkusut, saat aku memanggil dan mencari roh aku yg hilang, dan di saat aku merindukan segala-galanya.

Pengharapan yang tak pernah ada, pengharapan yg tiada nokhtahnya, sejauh mana lagi harus ku pergi, sejauh mana lagi harus ku cari apa yg hakiki, apa yang abadi.

Dia mengasihi aku seperti mana dia mengasihi engkau, jarak kita jauh beribu batu, jarak kita yang tidak pernah ku sangka pengakhirannya begini.

Andai ini di namakan "Cinta dan Redha Illahi", Aku terima.

Dialah sebaik-baik perancang, Andai ini bukan masanya, andai ini bukan waktunya, andai waktu itu tiba, sujud syukur ku padaMu Ya Rabb.

Hadirkan pada kami kekuatan utk kami kembali kepada fitrahMu.

Dua kalimah "LAILAHAILALLAH". Hadirkan aku dalam setiap bait doanya, hadirkan aku dalam Istikharahnya, Lembutkan hatinya, sesungguhnya kaulah pemilik hati yang hakiki. 

 

:: BINTANG::


Bintang..
Stars.. sunshine.. Everything~ 

1st post for 2014.

At this moment, at this hours, this minutes, this seconds, i miss my stars..

Kembara 2013 memberi banyak pengajaran dan banyak yang aku belajar.
Andai lah mereka tahu the main reason for me being so much away for a month..

*monolog dalaman*
Andai dia tahu, ketika aku "so called" as membawa diri.
 Leaving everything behind i guess. nekad kononnya.
Bila tak di cari, bila tak berjumpa.

*Reality*
Perjalanan yg telah diaturkan untuk kita.
sementara aku menjalani dengan rutin harian ku, dan kau disana pun begitu. My mind was zero. nothing to be bothered anymore.
Perjalanan aku diatur sungguh indah, berpeluang menjadi tetamu Allah dalam pada masa yg sama.
End up why have to be you for all of the sign?
Only Allah knows everything.
Our faith and everything in his hands..
Everything..

Since ages, everything must be something.
something for us to get connected.
senang cerita, what happen in your life and seems i'm part of the stories.

for a while kita diam, and after for long time, kita contact, then diam.
Hikmah that we've never know.

This is what i feel. This is what i wanna share.
Doa ku kirimkan dari kejauhan.
Mengharapkan semuanya baik-baik saja.
That day will come..
Hoping for a miracle.
Only Him have the best answer for us.

~ONLY HIM WILL HELP US TO THE RIGHT PATH~


*Please show me that you are okey*

*Berdirinya seorang perindu. Merindukan titipan kasih Illahi buat hambanya yg hina. Hadirkan aku dalam setiap bait doanya, hadirkan aku dlm Istikharahnya, sesungguhnya Kau adalah pemilik hati yg hakiki*