I'm trying to be one~


Bismillahirahmanirahim~ 

Assalamualaikum wbth.
 
Happy Holidays *sbb 25/12/2013*

Alhamdulillah for today, masih lagi dibangkitkan dan diberi roh utk berdepan lagi dengan kehidupan yg fana ini *eceh*
Mendiamkan diri dan memencilkan diri dari segelintir pihak bukan bermaksud melarikan diri ke apa ke, cuma, sometimes, we need time for our own. A time for reflections.

Disamping itu juga, masih lagi berusaha utk mengukuhkan diri, dan menguatkan  metal dan fizikal dan mengumpul dan menyedut segala ilmu-ilmu yg perlu. masih banyak lagi diri ini perlu perbaiki.
Banyak yg harus ku kumpul utk di masa hadapan. aku ingin menjadi pembimbing, yg dibimbing.

A nice quote td masa tengah borak dengan kakak and ummy during our dinner time :

Akak:  Mesti ada sebab kenapa kita tak sampai jodoh lagi kan?

Me: kenapa tiba-tiba?

Akak: yelah, at this age kan supposed to be majority to get married and bla bla.

Me: Ada sebab kenapa Allah tak sampaikan jodoh kat kita lagi. Allah nak minta kita cari apa yg perlu di cari. Bila dah settle or dah cukup, Allah pasti akan bagi.

Akak: true, skg ni kita kena buat apa yg kita still boleh buat and spend selagi boleh spend.

Ummy hanya dengar perbualan kitorg :) 

*nampak dewasa tak perbualan tu? hehe*perasan*

Ok, so nampak tak statement yg baru nak sedar diri tu kan..umur pun dah banyak, tp Alhamdulillah sekurang-kurangnya Iman di jentik sikit and kembali sedar diri what is the purpose of us in this world.
Mencari Ilmu selagi mampu.
setiap yg kita lakukan, setiap apa yg kita nak tahu haruslah kena ada ilmu.
Dah sedar2 diri ni banyak kekurangan,
Makanya, kenalah celikkan hati,celikkan mata, celikkan minda.

Being Muslimah, tidak semestinya hanya berpakaian menutup aurat dengan sempurna, tapi haruslah diiringi dengan ilmu-ilmu ukhrawi dan duniawi :)
  Tepuk dada tanya iman.
Dalam dunia ni, semuanya perlukan bimbingan dan cuba menjadi pembimbing selagi mampu.


:: Bukan tak sudi, tapi ku sedar di mana takat diri, daku bukan seperti si solehah yang kau hajati. Daku hanya gadis biasa yang baru melangkah untuk merubah diri mencari sinar kasih Illahi. ::


 




 :: CUKUPLAH AKU MENCINTAIMU DALAM HATI, MENYALURKAN LEWAT DOA-DOA DI SETIAP SUJUDKU DAN MENJAGAMU MELALUI ALLAH ::
 

:: Seindah Maharmu ::


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan dan ruang utk menjengah ke ruang maya ini dek kerana mendengar desas desus yg katanya laman sesawang akan dikenakan "charge usage" ? wuah..ok, masih lagi belum dapat apa-apa kepastiannya bukan?
so, moh le kita buat tak tahu skjp tentang hal duniawi ni *chewah*

"Seindah Maharmu" titlenya dipetik or dipinjam daripada rancangan"semanis kurma" punya rancangan tempoh hari, bertarikh 12.12.13 *gitu smpai igt tarikh*
dan antara tetamu jemputannya ialah Diana amir yg artis tu and suaminya dan seorg ustaz yg lupa namanya apa ^^ *maap utz*

Mcm poyo je kan kalau org kata nak cakap hal ni tapi, hellooo, im so into this topic ok.so, agk2 kalau rasa tak nak baca, so tak perlu kan.
as usual just wanna share my opinion and what i feel, lebih2 lagi dalam usia yg semakin mendatang ni, makanya haruslah bersiap sedia utk apa2 kemungkinan.

Seindah maharmu begitulah seindahnya bicara ketika itu. perbualan didahului dgn menceritakan segala detik pertemuan semua tu kan, and of course lah, siapa yg tak nak tahu kan, so sweet. 
Bagiku, apa yg diri ini dapat and apa diri ini menilai ialah, Pernikahan bukan dari segi mahal bagai, tapi sebenarnya apa yg mudah dan yg menyenangkan dan inilah perkahwinan yang terbaik. Kerana, perkahwinan itu sebenarnya memudahkan dan bukannya menyiksakan. 

I mean, you know, now a dayskan its like everyone keep on planning for majlis semua , yelah, as for me one day In shaa Allah akn mengalami situasi berkenaan tapi what i'm trying to say is that, Permudahkanlah segala hal majlis itu krn, sesungguhnya apa yg org nak lihat sebenarnya bukanlah hanya pada majlis itu or pada saat itu, org nak lihat and orang akan fokus kepada life you selepas perkahwinan.
And for me pun, mestilah we want a perfect majlis, and a perfect ceremony and everything kan,

But still, there's always a way yg kita boleh buat utk nampak sesuatu majlis itu mudah dan ringkas. because, perkahwinan ialah, apa yang kita beri dan bukan apa yang kita dapat. Life is a bout giving or sacrifice, without sacrifice, we got nothing. 
*eceh, ayat agak poyos disitu*
Berkorban dalam rumah tangga dan pengorbanan itu tidak akan sia-sia. 
Sebab ada hadith yg menyebut : " Sebaik-baik pernikahan adalah yg mudah"

Apa yg kita cari sebenarnya adalah keberkatan dalam ikatan itu sendiri sebenarnya and utk itu, kita kena mula dari rootnya, apakah dasar kerana Lillahi taala, adakah kerana desakan keluarga ataupun atas desakan cinta sesama manusia?

Kerana, Permulaan yang baik, kesudahannya In Shaa Allah yang baik juga.
Tepuk dada , tanya Iman.

Sesungguhnya, mahar itu adalah 1 kewajipan, pilihlah mahar yang tidak menyusahkan dan juga untuk mendapat keredhaan dari Allah.
~Beri kerana Allah, bukan kerana menunjuk, beri sebagai penghormatan kepada isteri~

Dan sekiranya ingin memberi mahar senaskah Al-Quran : Seelok-eloknya, bakal suami itu mengkhatamkan Al-Quran itu dan bagi kepada bakal isterinya sbg mahar. 

Dan juga dalam harta benda iaitu, bermaksud tunjukkan mahar itu dari segi harta benda *pilihan isteri* . Dan biarlah mahar itu untuk mencari keberkatan dari Allah dan juga separuh dari mahar itu *andai duit ringgit* seeloknya diwakafkan kan kerana ia adalah sedekah yg kekal, if nak mencari keberkatan dalam mahar tersebut.

Sesungguhnya, apa yang kita kena utamakan ialah mencari redha Allah *itu penting*
Kita kena cari ilmu Allah dan merasakan kemanisan dalam sentiasa mencari ilmu Allah. Mencari keredhaan Allah yg utama dan semestinya kebahagiann adalah pada ketenangan hati.
Pilih sesuatu yang tak menyusahkan dan untuk mendapat redha Illahi.
Ada di titipkan 2 ayat dari yg boleh diamalkan iaitu 
  • Surah Waqiah (Tiap2 malam)
  • Surah Al-baqarah (285-286)    
 *Jom Amalkan*


" Ya Allah, Sebagaimana engkau telah memberikan kurnia dgn kebesaranMu tanpa bantuan hambaMu yg lemah, Engkau Maha tinggi dgn kebesaranMu ats segala yg besar.Engkau maha mengetahui apa yg ada di bawah bumi sebagaimana Engkau mengetahui apa yg ada di ats Arsy-Mu. Semua yg berisikan hati-hati jahat ialah jelas bagiMu, dan semua ucapan yg jelas adlh spt rahsia dlm pengetahuanMu. Segala sesuatu menurut perintahmu krn kebesaranMu dan semua raja tunduk kpdMu krn KemaharajaanMu. Ya Allah, krn semua urusan dunia dan akhirat berada di tanganMu maka jadikanlah untukku dari segala kesulitan dan kesedihan, jalan keluar yg menggembirakan" 

ALLAH BERI TANGGUNGJAWAB UNTUK SAMA-SAMA MENCAPAI HUSNUL KHOTIMAH.


*gambar copy pasta*

~Ini hanyalah perkongsian pandangan diri ku yg jahil dan serba kekurangan ini ini, hanyalah pandangan dan coretan merepek ku. tiada kaitan dengan sesiapa~

~Isikan doamu dengan namaku dan hadirkanlah aku dlm Istikharahmu~
peliharalah diri kami ini sebagaimana Allah pelihara hamba-hambaMu .
YaAllah, jagalah dia, lindungilah dia.Al-Fatihah kukirimkan buat dia.
Permudahkanlah segalanya.
 

:: Perlu ke? ::


Merepek utk sekian kali di hari minggu ini.
melayari laman sosial muka buku di hari ini, bermacam-macam cerita.
Kes terbaru ni ialah berkenaan kes seorang budak tahfiz ditemui meninggal dalam keadaan mengantung dirinya sendiri and ada kesan tikaman..
ok, itu buka persoalannya sekarang, persoalannya sekarang ialah sampai nak ambil gambar and dalam keadaanya mayat nya begitu sekali? say what?
tak ada sensitiviti kah kita sebagai seorang manusia?
tak rasa benda itu mengaibkan kah seluruh ahli keluarga nya?
come on lah, benda tu pun you nak share ke?
mmg lah purposenya you nak share tapi sampai gambar di toilet and still bergantungan bagai tu?
ish, tak proper kot. mengalahkan pihak polis nak buat siasatan la pulak kan.
bukan setakat kes ni je, from previous2 case pun macam tu jgk.
habis semua nak di share nya.
taklah nak kata against it, maybe setengah org niatnya nak share utk memberi kan maklumat what so ever
but still,
tak perlu lah sampai macam tu.
last few days, di laman sosial jgk, ada org share gambar seorang hamba Allah ni, muka and sbgnya but still, if kita tgk and sedekahkan al-fatihah baguslah, if org tgk and just kutuk2 semua tu??
tak manis kan.
cuba kita letak diri kita dlm ahli keluarga tu, sedih kot, setiap org memang ada pendapat yang berbeza, tapi if u just amik gambar and share di laman sosial and minta yg melihat tu utk medoakan its fine, malahan lagi bagus, tapi if u just share it and bg ruang utk org kutuk2 bagai semua tu, its not fine.
Tak salah utk kita sentiasa mengingat kematian, tapi berpadalah.
boleh je nak share, tak ada siapa pun nak halang, its your right lah you wanna share apa pun kan, tp just think about our sensitivity as a human being.
Hari ini tak jadi pada kita, esok lusa mana tau, its become more worst.
This is only pendapat sya yg kerdil ini. baru nak memahami and baru nak memahami realiti laman social ni *kononnya*
Makin lama dah makin menjadi-jadi, like everything you wanna post on this site.
Tak kata yg saya tak post apa2 tapi berpada2 lah. ini untuk peringatan diri sendiri jugak.
Makin lama dah makin menjadi2. and some of the information pun kadang2 becanggah and most of us pun akan rasa ragu-ragu on the information itself.
sat kata A, sat kata B, apadia ni?? kan..
So, we think twice sama ada perlu or tak perlu ke?
kadang-kadang di laman social je orang berani nak gebang, tapi in real life?
*merujuk pada diri sendiri jgk*
Buat masa ini sudah off twitter and just on Facebook sbb memerlukan info2 tentang barang2 yg dijual or kecantikan yg di promote.
so, there a positive view and negative view of this social media thing.
Bak kata Prof Muhaya, kita tgk balik apa yg kita post di facebook ini, sama ada membawa ke arah dunia semata-mata atau ke arah akhirat juga. 
*lebih kurang mcm tulah bunyinya*

As i say, manusia tidak pernah dan tak akan ada yg sempurna, cuma kita saling bantu -membantu, ingat mengingati and saling nasihat menasihati, kesempurnaan mmg susah nak dapat even sejauh mana pun kita cuba utk dapatkannya, tapi berpadalah jgn sampai merosak diri.

Salam sabtu and cuba chillax kan diri di rumah

and bagi adik2 yg akan menempuhi exams and presentation, good luck!
same goes to u who ever you are. 
Hadirkan aku dalam isi doamu 

:: Round and round ::

So, we get the result already :) Jep masih selamat ^^
Sorry because lately entry ala-ala sayu gitu, bukan apa, dalam hidup ini tak semuanya kena happy,
kadang-kadang nak jugak share apa yg kita rasa and kadang-kadang nak juga cuba luahkan apa yg kita rasa cuma kdg-kdg kita rasa ia tak patut and tak patut.
oh well, life is all about sharing but basically we share with our love ones kan.
there's sooo many things happen in one times and so we don't know mcm mana nak handle all sorts of things in one time.
Manusia tidak akan di uji oleh Allah andai Allah sendiri tahu seorang hambaNya itu berkemampuan atau tidak.
Yihaaa.. so, Syukur Alhamdulillah, kita masih lagi disedarkan dan masih lagi dijentik oleh Iman kita.
Tidak pernah rasa  diri ini baik dan tidak pernah rasa ini lemah lembut dan tidak pernah rasa diri ini sgt sopan santun semua tu kerana sangat sangat banyak kekurangan yg ada pada diri ini.
Manusia tidak semua sempurna dan tak akan pernah sempurna.
Hari-hari kita memohon agar diberikan ketenangan, agar diberikan jalan yang terbaik, agar di jauhkan dari segala apa yg patut di jauhkan.
dan rasanya utk ke arah yg terbaik, Akan di makbulkan sekelip mata.
Sungguh bila kita rasa jauh dariNya, hidup akan rasa gundah gulana. Hubungan kita sesama manusia pun akan rasa tidak tenang dan akan rasa terganggu.
Sejujurnya, Aku rasa sangat bahagia..
Bahagia kerana apa yg terjadi sudah di tunjukkan jalan :)
Jalan yg dimana memupuk aku, mengingatkan aku kepada fitrah.
Jauh jauh sgt sehinggakan lalai mencari yg hakiki.

TERIMA KASIH DIATAS SAAT INI.
TERIMA KASIH KERANA MEMBIMBING AKU
TANPA KAU SEDARI, DISAAT INI KITA SAMA-SAMA MEMBIMBiNG DIRI KITA.
Biar sakit pada awalnya jangan pada akhirnya.

* Terima kasih kepada yang sudi mengunjungi teratak ini. hanyalah coretan yg terlintas di akal dan hati. setiap manusia punyai perasaan dan apa yg terzahir inilah apa yg ku rasakan. Hidup penuh dgn godaan dan aku salah seorangnya yg tidak lari dari godaan ini. Doakan aku agr aku kembali pada fitrah, doakan aku, ingatkan aku ats apa yg pernah aku lalui dulu*


 
 Senyum, tak perlu kata apa-apa.
Tiada pengharapan, hanya secebis kenangan
kenangan yg tak pernah ku impikan.
moga ada jawapan buat kita.
Redha Illahi yang kita cari.
Hadirkanlah aku didalam Istikharahmu.

 
 

:: Day by day::


Day by day or dari hari ke hari, menyulusuri perjalanan setiap insan semestinya berbeza.
Menonton Maharaja Lawak ni kadang2 terfikir, kerja mereka adalah untuk menghiburkan para peminat dan penonton, tapi have we ever think how does actually they struggling to make people laugh?
kadang-kadang peminat "rely" on their jokes utk menghilangkan stress bagai. 
Kebetulan, siaran ni its on malam minggu, memang sesuai sgt lah for those yg memang tgh stress because of working kan and all sorts of the jammed.
I do agree most of the groups ni sgt superb talented kan kalau x takkanlah diri ni sanggup keJohor dulu semata2 nak tgk JOZAN for finals kan last year :)
To be sincere, they much  more talented in making people going crazy with their jokes, tapi, their idea is very superb and we didn't expect pun akan berupa mcm tu kan. so much talented kan?
Kelakar or tak kelakar depa memang "muka x malu" seriously salute dengan diorg.
Berlawak-lawak jgk, tp amik sbg hiburan utk diri sendiri.
"Meteor Star, Watch meteor" = Bukit bintang.which we didn't expect pun kan.
 
*kadang-kadang utk merelease kan apa yg patut* 
*Suka JEP sepahtu.. winkwink ^^*

::Repost - Nikmatnya Perpisahan ::


“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”

Marilah sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
~Amalan Doa Nabi Daud~

“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,


Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”


**Nikmatnya Perpisahan Insan "Bercouple"**
#IluvIslam.com#

:: Tawakal ::

Wahai calon imamku
Bersabarlah untuk menanti kedatanganku
jika memang kita berjodoh
Allah pasti akan memberikan cinta ke dalam hati kita
bantu aku dengan doa dalam Istikharahmu
Biarlah Allah yang mengatur semuanya
kerana pilihan Allah adalah pilihan yang TERBAIK.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH TERTUKAR dan akan BERTEMU pada saatnya..

** Muhasabah Cinta** 


:: Pengakhiran adalah satu permulaan ::

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya


Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu


Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya


 jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu


~ pengakhiran  sbnrnya adalah satu permulaan. pencarian yg hakiki, pencarian yg pasti~
tidak perlu memaksa, andai sudah tiba waktunya, pasti ia akan berlaku jua.
bukan harta wang ringgit yg ku mahukan, hanyalah kasih dan sayang dan saling memahami. sakit mmg sakit tapi ini baru ujian dunia.~ 
Ikhlas menerima seadanya dan memahami antara satu sama lain. 



 

:: Buku Oren ::


Buku oren~
Buku yg tidak pernah aku ada, buku yg menjadi tempat luahan dan keperluan ku pada masa akan dtg.
setiap detik, setiap kenangan,setiap apa yg kita lakukan
akn ku cuba utk coretkan dlm buku oren ..
Yang Indah, yg terindah akan sentiasa tersemat dlm hati..
kegembiraan yg tak akan pernah aku impikan di saat ini..
Mohon agr ia berterusan sehingga ke jalan yg di redhai..
*jika aku, bukan jalanmu,
 ku berhenti mengharapkanmu
 jika aku memang tercipta untukmu
 ku kan memiliki mu 
jodoh pasti bertemu* 

~Jadikanlah aku yg terbaik, jadikanlah aku pilihannya yg betul, tunjukkanlah jalan kami, jangan kau biarkan dia tersalah pilih, jadikanlah aku yg terbaik buat dia~ kupasrahkan takdirku~
Moga ada yg terbaik buat kami.
Its All i need..



You and me~ Us~ We

:: Bukan yang terbaik ::


Bismillahirahmanirahim.
Edisi merefleksi diri pada waktu ini.
Diselingkan dengan lagu latarbelakang *background music* dari Rossa.
 "Aku Bukan Untukmu"..
Why does it feel something when i heard this song, rather than beautiful voice by this cute singer, Rossa, or just because the lyrics itself reflects me on the things that i've done recently..
why people hard to admit what she/he buat something yg totally wrong?
Even if you know that she/he does not like on what u do.. 
or even she/he always remind u that please be honest and please tell everything and because they need to know and they need to be part of it.
why does it hard on yourselves just to follow or just to listen what they need from u..why? and why does it have to be now..
sometimes, we actually seems hard to accept that factor we actually embarrassed on that situation, we feel that to our own and how we gonna faced others. 
its easy to ask people understand or try to understand your conditioned, but we do forget all this while they always be with us no matter what and they have been together in all conditioned..
Mengerti dan cuba untuk memahami apa yg patut dan apa yg tidak perlu dilakukan sebenarnya memerlukan masa andai kata seseorang itu mempunyai "masaalah" untuk peka dan "masaalah" utk memahami tanpa perlu di bimbing.
tapi sampai bila kan if mengharapkan org utk menunjukkan jalan yg betul dan sesuai.
*cakap je pandai tapi tak pernah buat*
Tapi,sebenarnya i do need u in any kinds of situation and i know u will be with me and that's me more and more more embarrassed with myself. with everything.. seriously, in a situation that at first place is not your intention to make it a serious wannabe kan.
Just maybe not right time or just not in a proper way. but sincerely that's not my intention at the first place.
kadang-kadang kata hati menduga. kata akal terpedaya.
People do mistakes and they need a chance to prove that they can do better and be better. Everyone have a hope to be a better person for itself and for everyone.

But anyway, a randomly thought but surely a honest tremendously true feelings of me.
this the only where you can express what u wanna say and what u think and since i've involved in this kinda situation i do hope we each other can respect other people space and yes, to understand myself better and to understand and appreciate other people feelings.

Sutradara yang direka oleh manusia, iaitu kita sendiri dan juga kita lah yg menjadi pengarah, kita jugalah yg menjadi pelakon dalam meneruskan sisa-sisa hidup yg berbaki ini.
bila kita berbalik pada yg Satu, seharusnya setiap kejadian yg berlaku sudah tentunya ada hikmah atau fikrah yg ingin diberikan pada setiap insan yang terpilih.
Sesungguhnya aku yakin, aku lebih disayangi olehNya dan aku juga di"ketuk" utk kembali kepada fitrah dan alam nyata.
Syukur kerana masih diberikan waktu dan moga dilembutkan hati insan-insan yg terluka, dilukai, melukai di atas pelusuk muka bumi ini. 
 Mencuba sesuatu yg tidak pernah kau impikan seolah2 kau mempertarungkan segala-galanya.
positifkan diri bahawa apa yang kau lakukan itu seikhlasnya dan sesungguhnya apa yg kau lakukan itu sebenarnya adalah seruan dariNya. cuma di berikan dari cara yg halus dan tanpa kita sedar. 
Fahamilah, jika kita berada di dalam situasi ini, kita sebenarnya insan yang terpilih dan juga kita adalah insan yg diberikan kekuatan dalam mengharungi apa cara sekalipun.
  ** Kerna kau yg satu, yg setia bersama ku dikala kujatuh, ku bangkit kerna mu, bantulah hambamu mencari keredhaanmu**
Might be this is peringatan buat kita utk kembali kepada "redha" yang hakiki.
~Muhasabah Diri~

:: Andai aku bisa ::


Dua keyakinan beza
 masaalah pun tak sama 
ku tak ingin dia ragu 
mengapa mrk slalu bertanya
cinta ku bukan di atas kertas,
 cintaku getaran yg sama..
Andai ku bisa merubah semua hingga tiada orang terluka
tapi tak mungkin ku tak berdaya
hanya yakin menunggu jawapan

diriku hanya insan biasa
miliki naluri yg sama
tak ingin berpaling
tak ingin berganti
jiwa ku sering saja berkata
andai ku mampu ulang semula
tiada siapa yg curiga.. 
tak perlu dipaksa, tak perlu dicari kerna ku yakin ada jawabnya
diriku hanya insan biasa 
MILIKI NALURI YANG SAMA, 
TAKI INGIN BERPALING, 
TAK INGIN BERGANTI KERANA AKU INSAN BIASA.

DIDALAM RINDU KU MENANGIS 
DI DLM KALBU KU TERASA 
TERINGAT MU DIKALA DERITA YG MEMISAHKAN KITA 
~kesilapanku kegoanku
**SitiNurhalizapunyalagu*

** BERAT UNTUK AKU MENERIMA, BERAT UNTUK AKU MENANGGUNG, BUKAN SAJA - SAJA SIMPAN TAPI DIRI INI PERLU MASA UNTUK MENERIMA. KERANA KU TAHU KAU AKAN FAHAM WALAU KAU BERADA DALAM KEADAAN KU **

~Tak berniat utk menjadi puitis, tetapi seolah2 lirik ini bermain dlm benak fikiran dan seolah2 memahami apa yg terjadi~