:: Tenang ::




Bismillahirahmanirahim..
 
Aku, ya aku manusia yg masih lagi "jahil" dan amatlah kerdil dalam memahami dan mengerti segala apa yang berlaku.
Masih jauh, ya, masih jauh untuk menjadi insan yg tenang dan apatah lagi untuk menjadi kuat dalam menghadapi apa jua rintangan.
Tapi, harus ku kuatkan diri mesti aku masih lagi gagal untuk menyembunyikan the real feelings..
ujian demi ujian tapi aku redha dan aku tahu, DIA sayangkan aku dan DIA mahu aku untuk berdamping denganNya. Aku hanyalah insan yang kerdil sekerdilnya, yang masih lagi mencari hala tuju ku, yang masih lagi mencari asal usulku, yang masih lagi mencari segala-galanya di dunia ini. Berat hati, ketenangan yg ku rasakan sekarang seolah-olah tiada. mencari punca dan jawapan mencari persoalan yg sesuai utk ku padankan dengan jawapan, mencari segala kesahihan, mencari dan memahami segala-galanya.
Hidup ini penuh dengan kejutan, cuma bezanya kejutan itu yg gembira atau sebaliknya.
Tapi itu semua bukan kerja manusia. Kita semestinya hanya mampu merancang, yang hakikatnya DIA yg Maha Esa,Maha Pencipta, Maha mengetahui,Maha Penyayang  yang arif dan akan memberi dan menganugerahkan kita semana kita mampu utk memikulnya..
Berilah kekuatan pada semua hamba2Mu dan jadikanlah kami seorang hamba yang bertakwa dan seorang hamba yg mengerti dan sentiasa bersyukur atas apa yg telah Engkau Anugerahkan. 
Petunjuk demi petunjuk yg di hadirkan dan dizahirkan, segala apa yg muncul, umpama mimpi. Hati bergelodak seolah memahami dan cuba memahami dan ingin memahami.penantian mungkin satu penyiksaan tapi bagi ku, penantian itu satu anugerah, anugerah yang dimana aku sendiri sukar utk percaya.
Sesungguhnya kemanisan hidup yg didambakan oleh setiap hambaMU.
Kau jagalah dia, kau peliharalah dia, kau lindungilah dia, kau kuatkanlah dia, kau sayangilah dia, kau cantikkan lah dia, kau peliharakanlah Iman dia, kau lembutkanlah hati dia, kau perelokkan dia, kau hadirkan dia dlm hidupku,
kerana aku tau, dia mengharapkan segala2nya DariMu.. ya, Dia.. 

"Yakin dengan pilihan suami, buat apa yang suami suka dan nak, In shaa Allah awak akan senang hati, Bergerak dgn yakin, sebab redha suami sentiasa dengan awak, benda yang awak tak suka, tapi suami suka, awak buat utk suami, lama-lama nanti jadi suka sendiri"
 
Hadirkan sifat ini dalam setiap hati hamba2Mu.. ini realiti..bukan fantasi..

0 comments:

Post a Comment