Edisi Ramadhan 2013?? #Eh


Assalamalaikum :)
Detik ini sudah nak hampir berakhir ramadhan yang ke 6. ohhoooii. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Mengaji pun baru sampai surah Al-An'am. Huhu, entah-entah org lain semua berkejaran  dah nak khatam. Cepat benar masa berlalu. Oh ya, seberapa bulan tidak sempat ku menatap ruang ini, dek kerana kemalasan dan juga tidak berkesempatan untuk menjengah ke "Rain drops" ni. Almaklumlah, busy sebagai penganggur terhormat sekarang. 
Tahun ini juga dapat menyaksikan sekali lagi, aku dipilih untuk menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah, pertengahan bulan Jun haritu kami sekeluarga * tak termasuk kakak* berlepas ke Tanah Suci Mekah selama 12 hari dan termasuk juga ke Madinah. As usual, plan baba yg x terplan tu, or senang cerita sebagai kejutan! kebetulan bulan tu juga cousin nak kawin, moja so kebetulan ba nak bawa mak ndak and ummy nak bawa mak tih, so ummy and baba bawa kakak masing-masing and me tumpang sekaki lah, untuk jadi tukang angkat beg :P well, rezeki siapa nak lepaskan! Panggilan kali kedua ini tidak akan di sia-siakan, Alhamdulillah, walaupun banyak perubahan yang berlaku compare tahun 2010, aku bersyukur kerana aku diberikan peluang dalam masa yang terdekat ini. Keadaan masjid yang di tutup setengah bahagiannya menguji kesabaran hamba2Nya yg beribadat di sana dan segala apa yg berlaku di sana aku terima dan aku menganggap bahawa aku adalah insan yg terpilih oleh Allah. kejadian yang berlaku akan ku simpan dan di jadikan iktibar dan sebagai simpanan untuk nasihat buat rakan-rakan di kemudian hari. Menjadi tetamu Allah adalah impian semuaumat Islam diseluruh dunia, tetapi sejujurnya kita haruslah bersedia untuk menjadi tetamunya, biarpun sudah berpuluh  kali menjejakkan kaki ke Tanah suci, kita seharusnya bersikap rendah diri dan jangan"cakap besar". Nauzubillah, moga kita sentiasa diberikan kerendahan hati oleh Allah. Janganlah kita sesekali mencabar kuasa Allah sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati kita. Buanglah segala perkara yang negatif dan istighfar dan mohon ampun padanya agar diri kita diberikan petunjuk dan dibukakan hati untuk menjadi insan yanglebih baik di masa akan datang. *InshaAllah*

Jabal Rahmah menyaksikan berguguran air mata kami sekeluarga, masa pertama kali pergi tak rasa sebak sangat tapi yang kali ni seolah2 macam tidak akan berpeluang lagi untuk kesana. sayu. Atau Allah menganugerahkan kami peluang untuk kami muhasabah diri dan menyulusuri peristiwa2 sirah yang pada masa yang sama diterangkan oleh tour guide kami *terlampau menghayati sangat kot* hahaha. wallahualam. Doa dipanjatkan dan syukur dan mohon agar dipertemukan dengan insan2 yang akan dipinjamkan oleh Allah. 

Conclusion nya, menjadi tetamuNya amatlah dinanti oleh setiap insan. Mendoakan agar rakan2 dan ahli keluarga yang lain dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk menjadi tetamuNya kelak.
 
Edisi Ramadhan kali ini menyaksikan aku menyambut ramadhan tanpa ahli keluarga yang lengkap, kakak berada di UK dan pengalaman berpuasa panjang :P nyahaha. moga dia selamat di sana dan fokus untuk pelajarannya yg akan berakhir September ni *x lama dah* dan akan meneruskan perjalanan hidup ku sebagai penganggur. Mohon dipermudahkan rezeki :) 

* Bulan Mulia pakat-pakat kejar buat amal ibadat, pelihara diri, pelihara jiwa, pelihara ibadat, pelihara iman, kerana sesungguhnya diri kita begitu berharga, kita yang menentukan harga diri kita. mohon akan diLindungi Allah dan sentiasa dibawah rahmatNya*

Arafah di katakan tempat berkumpulnya semua umat manusia bila terjadinya hari perhitungan kita nanti.  
Ramadhan Kareem :) heee. 
Tunggu Post raya pulak ye :P *yg xtau bila pulak akan update*