Looking out the window.


Assalamualaikum.

:) Sepetang di London, terbaring malas sambil memandang ke arah tingkap rumah. Angin sejuk memasuki rumah dan ku menyorok di bawah selimut.. 
*ayat nak puitis aje*

kakak tengah busy study untuk upcoming exam nya yg bertarikh 30hb April ini dan ya, lagi beberapa hari saja iaitu minggu depan. Dan aku memalaskan diri aku sambil memandang lappy ku dan menela'ah jika ada berita yang menarik. Rata2 di laman sosial sekarang masing2 tengah mempromote Parti politik masing-masing. Dan semestinya debaran makin terasa kerana minggu depan adalah tarikh keramatnya 5.5.2013 dan aku masih lagi berada di bumi London. Jadual penerbangan ku utk pulang ke Malaysia adalah pada 9 Mei, dan tiket ini dibeli sejak dari tahun lepas ya utk makluman. Dan ketika itu mengundi masih lagi tiada ura-uranya ya. So, no hal lah kan. tetapi, pada tanggal 28 April, aku akan menyaksikan bagaimana reaksi rakyat-rakyat Malaysia di London mengundi dan itu juga adalah pengalaman pertama buat kakak dan rakan2nya disini.
*mungkin ada hikmah buat aku*

Sepatutnya pilihanraya kali ni pun adalah pengalaman pertama bagi aku, tp,Allah always have a better plans for me :) no doubt about it. just smile :)
Hari ni kami tak keluar rumah or pergi berjalan-jalan sebabnya ialah bagi peluang utk kakak habiskan study sebab esok confirm dari pagi akan keluar awal and dia nak pergi mengundi lepastu tak tau pulak sampai pukul brapakan, dah alang-alang keluar mengundi tu, so kami panjangkan kaki lah nak jalan-jalan kan :)

Matahari semalam dia main sorok-sorok, tapi hari ni dia dah keluar tp tadi pun hujan so cuaca memang awesome! kalau ikutkan nak g taman especially Regents park sbb sangat cantik katanya.

Then, dah dekat nak balik ni kenalah beli buah tangan sikit utk family. memang mata meliar je lah nanti nak tgk apa barang yang nak di bawa balik tu.
Bersyukur kerana diberi peluang utk merantau ke negara org, dapat tgk sendiri gelagat manusia dan gelagat2 pendatang asing di sini. Nak ikut kan semua negara ada warga asing, and tak semuanya adalah pior nationality from England. 

But anyway, mana-mana tempat kita pergi kena berhati-hati even negara kita sendiri pun dah jadi macam United States dah bila ada kes tembak-menembak ni, tp somehow, dgn berlakunya kejadian ini, kita semua haruslah ambil iktibar dari kejadian ini dan mengharapkan tidak akan berulang lagi ya. Sejujurnya biarpun ramai warga asing di London, tp bila memikirkan system memasang CCTV di seluruh kawasan London, tak rasa takut sangat cuma pick pocket tu tak boleh nak elak kan so jangan lah kita leka. Dalam public bus nya pun ada cctv and there's nothing to worry i guess . Apa2 pun jadikan peluang mengembara ini utk refleks diri sendiri. Berada disini mengajar aku untuk lebih bersyukur dengan apa yang ada di tanah air. Cuma ini adalah pengalaman extra bagi aku dan inshaAllah akan ku ingat and i will treasure all of the memories while i'm here.   

Kensington Park. setiap kejadian dari Allah. Seindah pemandangan adalah dari Allah.

Hyde Park. Burung-burung pun turut berzikir memuji Illahi.

setiap langkah, setiap perjalanan sudah di atur.

Bersyukur atas segala nikmat yang diberi. *Alhamdulillah*

1 comments:

Anonymous said...

x ngundi ke?

Post a Comment