Memikior~


Assalamualaikum..
Berzaman tak update blog ni.. sudah masuk bulan Zulkaedah maka bermulalah pengembaraan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji..
Alhamdulillah Syukur kerana kita masih lagi di beri peluang untuk menghirup udara yang segar ciptaan Allah ini..

seperti tajuk post diatas, memikior = memikir..
recently, mata ni terpana dengan keratan statement dari Malaysian insider yang berkongsi dengan kita tentan hal hantaran mas perkahwinan yang banyak dan ini semestinya membebankan orang islam lebih-lebih lagi kaum lelaki dalam mencari duit untuk masuk meminang gadi-gadis ni.

Mana tak nya, hantaran based on pencapaian seseorang contohnya kalau SPM rate lain and kalau degree rate lain and semakin tinggi pencapai or sijil seseorang itu, maka lagi tinggilah kos hantaran tu..

 kalau dapat family yang jenis mementingkan itu semua memang sampai bila-bila lah anak gadis mereka tak kahwin..
dan ada pula parents yang tidak menetapkan hantaran mas kahwin bagi anak mereka, tapi anak mereka tak bertemu jodoh lagi..belum sampai masanya lagi kan~ 

so, daripada statement itulah, yang membuatkan saya mencelikkan mata saya ni. walaupun tidak mempunyai pengalamn dalam hal-hal sebegini rupa, tapi ada few scenario yang pernah berlaku didepan mata saya dan dari situlah saya membuat conclusion.. basically, when we looking to the matters way round we can see the positive side and also the negative side of it. but then, it should be based on the truly fact and avoid on judgement that seems bias.

apa yang saya lihat, dalam perkahwinan seharusnya memerlukan keberkatan daripada ALLAH dan juga restu daripada kedua orang tua dan juga keluarga. perkahwinan adalah ikatan yang menyatukan sesebuah keluarga dengan keluarga yang lain dan dalam erti kata melebarkan sayap ukhwah :)

ikatan ini adalah ikatan sehingga ke akhir hayat yang tidak akan putus dan kerana itulah kita seharusnya kena pikir panjang.
senario yang pernah saya lihat ialah, apabila pasangan yang baru sahaja berkahwin, seharusnya bahagia setelah diijab kabulkan, tapi apa yang saya lihat, adalah sebaliknya. di mana pasangan pengantin terpaksa berlapar kerana ingin membayar hutang dan ada juga yang bergaduh dek kerana tak tahan dengan sifat kedekut pasangan masing-masing yang berjimat kerana ingin bayar hutang~

jadi, untuk senario ini, di manakah kebahagian yang mereka patut kecapi? yelah, masing-masing masam muka untuk menyelesaikan hutangkan~ dan yang paling "best" nya ialah mereka terpaksa "mengadu" kepada family-family mereka dan ini sekaligus menjadikan family kedua-dua belah pihak menyalahkan di antara satu sama lain..
apa yang saya rasa ini adalah assumption sahaja~ tiada kaitan dengan sesape pun.. jangan nak terasa pulak kan :) peace!

saya disini sebagai pemerhati yang ditugas kan untuk memerhati dan jadikan ia sebagai pengajaran buat saya yang masih lagi belajar dalam mengerti dan mencari apa yang terbaik dan buruk buat saya.
pengalaman menjadikan kita lebih dewasa. dan ini juga menjadi kan kita supaya lebih matang dalam meniti hari-hari esok dan juga sebagai persediaan buat saya budak yang masih mentah ini!

segala tunjuk ajar masih lagi di perlukan dan nasihat dari ummy dan baba saya di jadikan sebagai rujukan buat saya kerana mereka adalah kamus yang terbaik dalam hidup saya dunia akhirat. 
tiada apa yang kita tidak mampu kecapi seandainya kita mudah putus asa.

kata-kata orang bagaikan air sungai yang mengalir dan hanya ALLAH yang mengetahui apa yang baik dan buruk buat kita.
siapalah kita untuk menghukum seseorang manusia dan setinggi mana pun jawatan kita, ALLAH tetap masih berada diatas kita.. tanpa DIA tiadalah kita sehingga ke peringkat ini.    


Setiap insan di berikan peluang untuk membetulkan diri dan setiap insan juga diberikan ruang untuk mencari arah tuju yang di kehendaki~ 

 Berngantung haraplah pada yang Maha Esa sebelum nergantung harap pada manusia..
(pesanan buat diri sendiri)

0 comments:

Post a Comment