Salam Lebaran Edisi 2012


Assalamualaikum~

Edisi Raya Kembali setelah Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Entah 

masih berpeluangkah kita untuk bersama Ramadhan akan datang.

Sebulan mengawal dan menahan diri dari segala nafsu dan akhirnya

tanggal 19 August menyaksikan sambutan syawal pada tahun ini.

Sukar untuk di gambarkan perasaan yang sebenar apatah lagi 

meyambut lebaran di Kuala Lumpur Sahaja.

Berbeza dari tahun lepas. Tahun ini mahu berubah angin sikit.

Menyambut lebaran di perantauan lah kononnya :)

Hidangan masih lagi ketupat pulut dan juga gulai daging bagi orang utara

dan juga penambahan hidangan iaitu Soto ayam :)

Alhamdulillah, percubaan ummi for her 1st attempt berjaya dengan sukses

dan juga biskut raya yang hanya mampu ku buat satu jenis sahaja iaitu 

chocolate chips cookies. resepi ditiru dari youtube~ 

dek kerana kekangan waktu kerana bekerja dan juga exam, 

maka sejenis je lah yang mampu di buat.

bezanya beraya di bandar ini ialah suasana yang sunyi tetapi sampai 

waktu malam, habis dam dam dum mercun bunyi! cuma tak ada 

meriam buluh je!! sabar aje! conclusionnya mercun di bandor dan di kampung,

di kampung lagi original + meriam buluh itu lagi awesome! pulak 'berperang' dengan kampung sebelah!

lagi awesome! kenangan beraya di desa iaitu kampung kenangan

Behor mali, Perlis! itulah kampung saya :)

Disaat entry ini di tulis, jam 1200 malam tadi menyaksikan pertambahan umur ayahnda ku,

Zakariya Man, menjangkau 59 tahun sudah..Terima Kasih ya ALLAH kerana telah dikurniakan seorang ayah yang sangat penyabar dan juga sangat penyayang dan juga sangat sangat sangat lah memahami kami.
tiada ungakapan y dapat ku gambarkan. hanya ALLAH mengetahui sejauh manakah kesyukuran kami diatas kurniaan Nya buat kami. Sentiasa sabar dalam melayani karenah kami sekeluarga dan sentiasa memerhati segala tindak tanduk kami.. we love u baba! you are the most amazing dad in the whole world! Thank you Allah for the special gift for us and hoping that we are the lights for baba!!

Thank u baba!


Hopefully keluarga kami sentiasa di dalam redhaNya..dan juga LindunganNYA..amin~