:: Dari sujud ke sujud ::


Alhamdulillah.. selesai sudah menyaksikan drama dari sujud ke sujud..
drama yang di sambung dari cerita ketika cinta bertasbih 1,2 dan the series.
kenapa mesti sambungan?
mengikut pendapat sya, cerita seperti ini haruslah di teruskan kerana setip jalan cerita ini adalah situasi dimana hari-hari setiap insan akan hadapi dan melalui cerita seperti ini, kita mampu untuk mempelajari ilmu-ilmu yang kadang-kadang kita sikar untuk dapat di luar sana dan melalui drama-drama seperti ini, kita dapatlah memahaminya dengan penggunaan ayat seharian kita..
setiap apa yang berlaku pada kita semestinya adlah aturan daripada Allah kepada hamba-hambanya.. dan kadang-kadang sya leka dengan segala kehidupan duniawi dan menjadi alpa dengan sekeliling. itulah manusia.
setiap apa yang berlaku semuanya bergantung pada diri sendiri.

seandainya kita lemah, janganlah kita bandingkan diri kita dengan seorang yang kuat dan seandainya kita kuat janganlah membandingkan diri kita dan membanggakan diri kita di hadapan insan yang lemah. biarlah kita membantu yang lemah dan yang lemah akan cuba memperbaiki diri mereka untuk menjadi lebih kuat .
setiap aturan itu juga sebenarnya sebagai kesedaran buat kita.. peristiwa yang berlaku di sekeliling kita itu sebenarnya adalah sebagai cermin panduan buat kita.
adakalanya kita tidak melihat cermin itu kerana kita terlepas pandang dan kerana kita rasa tidak perlu untuk melihat cermin itu..
tetapi ingatlah, setiap apa yang dilakukan semestinya punya sebab dan setiap persoalan itu pasti punya jawapan..

Teringat ada segelintir di kalangan rakan-rakan yang pernah dan selalu cakap ayat ini
" alaa, kau apa tau sangat.. kau tak ada pengalaman,jangan nak masuk campur"
" kau kena belajar ni, sebab kau tak tau apa-apa".
" kau ni kenapa, tak kan lah benda tu pun tak tau"..

sejujurnya, bila mana perkataan itu di sebut, hati agak sedikit tersentap, bukan bermaksud marah and tak terlintas langsung pun nak marah sebenarnya.. cuma, aku bersyukur dan berterima kasih pada mereka kerana telah menyedarkan dan telah membangkitkan semangat aku untuk sentiasa mencari apa yang perlu di ketahui.
cuma,kadang kala, perkara yang tidak perlu di ketahui itu sebenarnya lebih baik kan..
kadang-kadang manusia ini lebih banyak menunjukkan sikap kebodohannya daripada sikap kebijaksanaannya..
perlu lah berhemah dan teguran itu seharusnya membina dan bukannlah menghentam di antara satu sama lain.. ilmu itu indah..perlu lah di kongsi.. bukannya di perli-perli dan bukannya di hina...

sesuatu yang kadang-kadang kita anggap perkara itu tak penting tapi hakikatnya ia sangat penting..biarlah ia berlandaskan di atas garisan yang betul..

corat coret ini hanyalah nukilan yang ingin berkongsi pandangan dan masih lagi mencari dan meneliti dan untuk lebih memahami dengan segala penciptaan Allah ..

diri ini masih lagi kerdil dan masih lagi lemah untuk mencapai segala apa yang di inginkan.. misi sekarang hanyalah untuk mencari dan meneliti apa yang terbaik buat diri ini.. Cinta illahi yang ingin di cari sesungguhnya ku tahu masih banyak lagi yang aku perlu pelajari..
hati ini sesungguhnya milik Allah dan aku hanyalah pemilik jasad ini yang bertanggung jawab untuk mematuhi dan mengikut apa yang telah tertulis buat hambaMu.. 
ku lewati jalan-jalan yang terbaik buat aku...
di jalan di mana aku sentiasa diredhai ALLAH...
dan dari situlah Dari sujud ke sujud ku memohon segalanya pada MU..

0 comments:

Post a Comment