Berhabuk dah~~


Assalamualaikum~~
Berhabuk dan agak berkurun lamaya tidak berconteng2 an di sini
dan tidak merepek di alam maya..al-maklumlah, busy la kononnya..
pengajian ku sudah hampir ke pengakhiran tap aku masih lagi tak bersedia untuk apa2 lagi..
YA ALLAh! lalai benar aku ni.. haish!! x fokus! padan muka! 
bercerita tentang kehidupan ku sebagai seorang anak, adik, pelajar dan juga pekerja, tiada apa yang terbaru.. cuma masih lagi menumpukan kepada apa yang patut.
oh.. dan ya, saya sudah memikirkan tentang soal jodoh..belajar utk buka hati saya an mohon petunjuk Dari Allah agar ia dipekenan kan.. Usia sudahmeningkat dan ya, siapa yang tak mahu bekeluarga bukan..
tapi, keutamaan jangan di lupa..
Belajar untuk menjadi seorang wanita dewasa ni bukanlah senang.
hati harus kuat dalam menangani segala rintangan yang ada di depan mata.
dan ya, bukan saja soal jodoh di pikirkan, di sebalik nya it adalah untuk memikirkan bagaimana hubungan saya dengan yang Maha Satu dan Yang Maha Esa..
Dari hari ke hari sya memikirkan bagaimanakah untuk diri ini sentiasa berada dekat dgn Nya.. setiap hari persoalan akan muncul lebih-lebih lagi seusai solat ... Tangan di tadah memohon ampun dan petunjuk agar di berikan kemudahan dalam segala apa yang di lakukan dan mohon petunjuk apa yang terbaik buat ku...
Setakat ni, Alhamdulillah, Aku di berikan petunjuk di depan mata ku dan bg ku itu adlah petanda bahawa ALLAH sayangkan Hamba Nya dan tidak mau hambaNya berdepan dengan kesedihan lagi..
Drama swasta yang di ciptakan oleh manusia kadang kala membuatkan aku ketawa sinis.
Ingin di katakan di sini, melalui pengalamanku sendir, janganlah sesuka hati menuduh seseorang iti andai tiada bukti yang kukuh dan jangan suka buat andain sendiri yang akan memakan dirimu sendiri wahai manusia.. pesanan ini juga ditujukan khas buat diri ini juga...
penat dengan segala buah mulut orang sehinggakan kamu dituduh atas suatu benda yang kamu sendiri tidak tau mana pangkal dan mana hujung pangkalnya...
hebat sungguh manusia seperti..mengadu domba dan menjaja cerita yang tidak berfedah dan sekalimenjatuhkan maruah seorang manusia yang hakikatnya kamu sendiri tidak pernah kenal siapa dirinya...
lihatlah, kebenarannya sudah terbukti..Allah maha menetahui segala yang tersirat dan yang tersurat...  


Lebih baik Berdiam dari berbohong dalam bercerita ~~

~~ Me and You~~
someday..

Al-Fatihah~


Salam......
Al-Fatihah~
menerima perkhabaran dari kakak,
salah seorang ahli keluarga ummi, Chu Mid telah kembali ke rahmatullah
siang tadi....
Sesungguhnya Ajal maut terletak di tangan Tuhan..
setiap detik kita tak pernah menyangka yang pada bila2 masa saja
kita akan kembali pulang kepada Pencipta kita..
sesungguhnya dunia ini adalah pinjaman buat hamba2 nya~
 

Biarkan ia becucuran~~


Post yang dimana aku sendiri tak tau kenapa..
huhu.. hari2 yang ku lalui adakalanya sukar disangka2 dan adakalanya sukar di fahami.. 
bercucuran air mata tatkala mengenangkan dosa2 silam.. bercucuran air mata tatkala mengenangkan irang tua ku yang tidak pernah lelah membesarkan diriku..
bercucuran air mata tatkala memikirkan sejauh manakah aku mampu untuk mengembirakan orang tua ku di masa hadapan kelak..
bercucuran air mata ku memohon agar semuanya akan kembali seperti sedia kala 
bercucuran air mata ku di saat aku memerlukan insan untuk ku berkongsi cerita
bercucuran air mata ku tatkala mengenangkan nasib diri ku di masa akan datang..
hidup umpama roda. itulah ayat yang sering kita dengar..
tatkala memikirkan sejauh mana aku mampu untuk mencorakkan hidup aku, aku menjadi gerun..
 taman ilmu dan budi ini menyaksikan segalanya..
dari kecil hidup ku bermain2 dengan taman ilmu dan budi dan separuh hidupku ini di habiskan
di taman ilmu dan budi ini..
hanya satu yang aku pinta, biarkanlah diri aku ini di berikan peluang
untuk menjadi yang terbaik buat ummi dan babaku...dan kekanda ku yang seorangni..
bercucuran air mata ku tatkala bercerita ttg mereka..
semestinya, mereka nyawaku~~