Harapan~


Assalamualaikum people.
Di malam dini, mencorat coretkan segala merepek2 nya di dalam entry kali ini..

so, terminat pulak lagu ini masa tengah tengok AIM semalam and siap tulis and ingat apa nama band ni and yup, this songs menarik dari segi lirik :)
tapi, tiada kaitan dengan sesiapa ya. hanya sebgai untuk halwa telinga sahaja.
mana pernah nak tau lagu2 drama ni sebenarnya. just for sharing :)
 

That's the way it is


Assalamualaikum people.
So long for no updates kan. being busy and yet, no time for updates and yet feel so so lazy for some reason.
Many "events" which happened in my life and as well as in the family. on September 16 my ummy and my the only one sister flying far away to London and for some reasons she's continuing her study for 1 year and ummy went here as her accompanied while she's searching a place for her stay in 1 year time. 2 weeks left for ummy came back here, Baba went there for 2 weeks and they safely arrived home on the 7th October.

so, this is the first ever in my life been separated for quiet loonngg length of time. but anyway, next year will be my turn for having my own long vacation.
Facing the final semester is not so cool as far as i know! being dragged by the feelings of wanted to end the study as soon as possible but then deep in my heart i still wanna be here and i don't think that i wanna end this moment.
but for how long do i've need to be at the same phase kan.
Most probably need to take a looked back at what i've done past years right!

Praying for the safety of kakak and hoping that she's always healthy indeed and yes, this year she's celebrating Raya Hai overseas and i can't wait for next year raya Aidilfitri which will bring tears of us in the family i think. and hopefully she will get and aim for her dreams. <3 font="font">

Dear kakak, being far away will teach you how you need to survived on your own.
this is the time to proved that u are capable being alone for some reason. and yes i know, Love will find the way. belief in your heart and never ever loose faith in Him. The more u seek and the more u will feel Him as the way u hoping Him to grant each of your prayers.
And i do feel your nonexistence especially during my 25th birthday and which before this i'm hoping that we gonna celebrate it togetha but somehow, i know that's the best thing for your life and i'm very proud of you and thank you for making me strong in facing this route alone. 

Memikior~


Assalamualaikum..
Berzaman tak update blog ni.. sudah masuk bulan Zulkaedah maka bermulalah pengembaraan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji..
Alhamdulillah Syukur kerana kita masih lagi di beri peluang untuk menghirup udara yang segar ciptaan Allah ini..

seperti tajuk post diatas, memikior = memikir..
recently, mata ni terpana dengan keratan statement dari Malaysian insider yang berkongsi dengan kita tentan hal hantaran mas perkahwinan yang banyak dan ini semestinya membebankan orang islam lebih-lebih lagi kaum lelaki dalam mencari duit untuk masuk meminang gadi-gadis ni.

Mana tak nya, hantaran based on pencapaian seseorang contohnya kalau SPM rate lain and kalau degree rate lain and semakin tinggi pencapai or sijil seseorang itu, maka lagi tinggilah kos hantaran tu..

 kalau dapat family yang jenis mementingkan itu semua memang sampai bila-bila lah anak gadis mereka tak kahwin..
dan ada pula parents yang tidak menetapkan hantaran mas kahwin bagi anak mereka, tapi anak mereka tak bertemu jodoh lagi..belum sampai masanya lagi kan~ 

so, daripada statement itulah, yang membuatkan saya mencelikkan mata saya ni. walaupun tidak mempunyai pengalamn dalam hal-hal sebegini rupa, tapi ada few scenario yang pernah berlaku didepan mata saya dan dari situlah saya membuat conclusion.. basically, when we looking to the matters way round we can see the positive side and also the negative side of it. but then, it should be based on the truly fact and avoid on judgement that seems bias.

apa yang saya lihat, dalam perkahwinan seharusnya memerlukan keberkatan daripada ALLAH dan juga restu daripada kedua orang tua dan juga keluarga. perkahwinan adalah ikatan yang menyatukan sesebuah keluarga dengan keluarga yang lain dan dalam erti kata melebarkan sayap ukhwah :)

ikatan ini adalah ikatan sehingga ke akhir hayat yang tidak akan putus dan kerana itulah kita seharusnya kena pikir panjang.
senario yang pernah saya lihat ialah, apabila pasangan yang baru sahaja berkahwin, seharusnya bahagia setelah diijab kabulkan, tapi apa yang saya lihat, adalah sebaliknya. di mana pasangan pengantin terpaksa berlapar kerana ingin membayar hutang dan ada juga yang bergaduh dek kerana tak tahan dengan sifat kedekut pasangan masing-masing yang berjimat kerana ingin bayar hutang~

jadi, untuk senario ini, di manakah kebahagian yang mereka patut kecapi? yelah, masing-masing masam muka untuk menyelesaikan hutangkan~ dan yang paling "best" nya ialah mereka terpaksa "mengadu" kepada family-family mereka dan ini sekaligus menjadikan family kedua-dua belah pihak menyalahkan di antara satu sama lain..
apa yang saya rasa ini adalah assumption sahaja~ tiada kaitan dengan sesape pun.. jangan nak terasa pulak kan :) peace!

saya disini sebagai pemerhati yang ditugas kan untuk memerhati dan jadikan ia sebagai pengajaran buat saya yang masih lagi belajar dalam mengerti dan mencari apa yang terbaik dan buruk buat saya.
pengalaman menjadikan kita lebih dewasa. dan ini juga menjadi kan kita supaya lebih matang dalam meniti hari-hari esok dan juga sebagai persediaan buat saya budak yang masih mentah ini!

segala tunjuk ajar masih lagi di perlukan dan nasihat dari ummy dan baba saya di jadikan sebagai rujukan buat saya kerana mereka adalah kamus yang terbaik dalam hidup saya dunia akhirat. 
tiada apa yang kita tidak mampu kecapi seandainya kita mudah putus asa.

kata-kata orang bagaikan air sungai yang mengalir dan hanya ALLAH yang mengetahui apa yang baik dan buruk buat kita.
siapalah kita untuk menghukum seseorang manusia dan setinggi mana pun jawatan kita, ALLAH tetap masih berada diatas kita.. tanpa DIA tiadalah kita sehingga ke peringkat ini.    


Setiap insan di berikan peluang untuk membetulkan diri dan setiap insan juga diberikan ruang untuk mencari arah tuju yang di kehendaki~ 

 Berngantung haraplah pada yang Maha Esa sebelum nergantung harap pada manusia..
(pesanan buat diri sendiri)

Salam Lebaran Edisi 2012


Assalamualaikum~

Edisi Raya Kembali setelah Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Entah 

masih berpeluangkah kita untuk bersama Ramadhan akan datang.

Sebulan mengawal dan menahan diri dari segala nafsu dan akhirnya

tanggal 19 August menyaksikan sambutan syawal pada tahun ini.

Sukar untuk di gambarkan perasaan yang sebenar apatah lagi 

meyambut lebaran di Kuala Lumpur Sahaja.

Berbeza dari tahun lepas. Tahun ini mahu berubah angin sikit.

Menyambut lebaran di perantauan lah kononnya :)

Hidangan masih lagi ketupat pulut dan juga gulai daging bagi orang utara

dan juga penambahan hidangan iaitu Soto ayam :)

Alhamdulillah, percubaan ummi for her 1st attempt berjaya dengan sukses

dan juga biskut raya yang hanya mampu ku buat satu jenis sahaja iaitu 

chocolate chips cookies. resepi ditiru dari youtube~ 

dek kerana kekangan waktu kerana bekerja dan juga exam, 

maka sejenis je lah yang mampu di buat.

bezanya beraya di bandar ini ialah suasana yang sunyi tetapi sampai 

waktu malam, habis dam dam dum mercun bunyi! cuma tak ada 

meriam buluh je!! sabar aje! conclusionnya mercun di bandor dan di kampung,

di kampung lagi original + meriam buluh itu lagi awesome! pulak 'berperang' dengan kampung sebelah!

lagi awesome! kenangan beraya di desa iaitu kampung kenangan

Behor mali, Perlis! itulah kampung saya :)

Disaat entry ini di tulis, jam 1200 malam tadi menyaksikan pertambahan umur ayahnda ku,

Zakariya Man, menjangkau 59 tahun sudah..Terima Kasih ya ALLAH kerana telah dikurniakan seorang ayah yang sangat penyabar dan juga sangat penyayang dan juga sangat sangat sangat lah memahami kami.
tiada ungakapan y dapat ku gambarkan. hanya ALLAH mengetahui sejauh manakah kesyukuran kami diatas kurniaan Nya buat kami. Sentiasa sabar dalam melayani karenah kami sekeluarga dan sentiasa memerhati segala tindak tanduk kami.. we love u baba! you are the most amazing dad in the whole world! Thank you Allah for the special gift for us and hoping that we are the lights for baba!!

Thank u baba!


Hopefully keluarga kami sentiasa di dalam redhaNya..dan juga LindunganNYA..amin~

 

 

Sejenak~


Assalamualaikum..
Setelah berkurun jugak tidak menyinggah ke halaman ini.. halaman di mana corat coret semasa yg di mana ku curahkan semasa kelapangan..
Waktu kian berputar dan akhirnya sekarang ini adalah bulan yang di nanti2 kan oleh seluruh Umat Islam di Dunia iaitu kedatangan Bulan Ramadhan, Bulan segala rahmat dan sesungguhnya bulan ini ialah Bulan di turunkan Al-Quran..
Subhanallah..itulah kekuasaan Allah yang di berikan kepada hamba2 Nya yg tidak terdapat pada yang lain..
betapa untungnya Umat manusia kerana telah di berikan peluang untuk istiqamah dan mengumpul kebaikkan dan sekaligus untuk berusaha melakukan yang terbaik pada bulan ini..
ini lah perjuangan yang perlu di lalui oleh setiap insan.tidak dilupakan juga, ada segelintir dan sekelumit umat manusia yang masih alpa dan juga yang masih tidak bersyukur dengan apa yang telah di berikan pada kita..
Begitulah lumrah manusia, andai lah kata, setiap nafas dan setiap udara yang kita hembus ni perlu di bayar, mampukah kita??? Allah tidak pernah meminta apa2 melainkan menginginkan hamba-hambanya  untuk selalu berada dekat dengan nya dan mahukan hamba-hambanya sentiasa mengerti dan mensyukuri atas segala nikmat yang telah diberi pinjam kepada kita.
Dalam mencari kebahagian, haruslah kita mencari keredhaannya sebelum meminta keredhaan dari manusia itu sendiri. Allah telah menjanjikan kepada hamba2 Nya bahawa, andai kita berniat baik dan semua yang kita niatkan itu adalah di jalan nya, maka Allah akan mempermudahkan segala urusannya. tiada apa yang kita harapkan adalah hanya keredhaan daripada Allah dan seterusnya kedua orang tua kita.
Melayari kehidupan sebagai seorang hamba Allah, ujian yang selalu di hadapi sememangnya sukar kita duga dan kadang2 tu, apa yang terjadi semuanya luar dari bidang kuasa kita..
tapi, pernah kah kita fikir sejauh manakah kemampuan kita dalam menangani kemampuan tersebut?
dan pernah kah kita fikir, kenapa Allah memilih kita untuk mengharungi segala ujian tersebut?
ini kerana kita adalah insan yang terpilih oleh Allah dan Allah ingin menguji kita agar kita akan kembali kepadaNya dan itu menunjukkan Allah sentiasa Akan dan sentiasa tetap ada buat hamba2 Nya, cuma kita manusia yang leka dan tidak pernah fikir sejauh itu..
Mencari resolusi memang payah, tapi apa yang perlu, adalah berbekalkan doa, usaha dan ketekunan, insyALLAH akan di permudahkan jalannya..
Sesungguhnya Allah bersikap adil dan pemurah kepada hamba2 nya..
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
cuma, cara nya di luar jangkaan kita. itu menunjukkan Allah sayang kan kita!

Berdiri aku disini, bukan hanya seketika, tetapi hidup ini adalah aturan Allah dimana Allah telah memberikan jalan hanya Aku yang perlu membuat pilihan..
*Gambar CopyPaste*
Keredhaan Allah yang di cari, sesungguhnya tiada apa yang diharapkan oleh setiap umat manusia dan Islam, untuk ke Syurga yang dimana Allah telah sediakan buat kita! Moga hari yang kita lalui hendaklah diringi doa dan restu dari ALLAH..hidup dan mati kita hanyalah untuk ALLAH...
Merindukan kehadirannya dalam hidupku......biarlah dapat ku cari di dalam Tahajjud ku..

:: Dari sujud ke sujud ::


Alhamdulillah.. selesai sudah menyaksikan drama dari sujud ke sujud..
drama yang di sambung dari cerita ketika cinta bertasbih 1,2 dan the series.
kenapa mesti sambungan?
mengikut pendapat sya, cerita seperti ini haruslah di teruskan kerana setip jalan cerita ini adalah situasi dimana hari-hari setiap insan akan hadapi dan melalui cerita seperti ini, kita mampu untuk mempelajari ilmu-ilmu yang kadang-kadang kita sikar untuk dapat di luar sana dan melalui drama-drama seperti ini, kita dapatlah memahaminya dengan penggunaan ayat seharian kita..
setiap apa yang berlaku pada kita semestinya adlah aturan daripada Allah kepada hamba-hambanya.. dan kadang-kadang sya leka dengan segala kehidupan duniawi dan menjadi alpa dengan sekeliling. itulah manusia.
setiap apa yang berlaku semuanya bergantung pada diri sendiri.

seandainya kita lemah, janganlah kita bandingkan diri kita dengan seorang yang kuat dan seandainya kita kuat janganlah membandingkan diri kita dan membanggakan diri kita di hadapan insan yang lemah. biarlah kita membantu yang lemah dan yang lemah akan cuba memperbaiki diri mereka untuk menjadi lebih kuat .
setiap aturan itu juga sebenarnya sebagai kesedaran buat kita.. peristiwa yang berlaku di sekeliling kita itu sebenarnya adalah sebagai cermin panduan buat kita.
adakalanya kita tidak melihat cermin itu kerana kita terlepas pandang dan kerana kita rasa tidak perlu untuk melihat cermin itu..
tetapi ingatlah, setiap apa yang dilakukan semestinya punya sebab dan setiap persoalan itu pasti punya jawapan..

Teringat ada segelintir di kalangan rakan-rakan yang pernah dan selalu cakap ayat ini
" alaa, kau apa tau sangat.. kau tak ada pengalaman,jangan nak masuk campur"
" kau kena belajar ni, sebab kau tak tau apa-apa".
" kau ni kenapa, tak kan lah benda tu pun tak tau"..

sejujurnya, bila mana perkataan itu di sebut, hati agak sedikit tersentap, bukan bermaksud marah and tak terlintas langsung pun nak marah sebenarnya.. cuma, aku bersyukur dan berterima kasih pada mereka kerana telah menyedarkan dan telah membangkitkan semangat aku untuk sentiasa mencari apa yang perlu di ketahui.
cuma,kadang kala, perkara yang tidak perlu di ketahui itu sebenarnya lebih baik kan..
kadang-kadang manusia ini lebih banyak menunjukkan sikap kebodohannya daripada sikap kebijaksanaannya..
perlu lah berhemah dan teguran itu seharusnya membina dan bukannlah menghentam di antara satu sama lain.. ilmu itu indah..perlu lah di kongsi.. bukannya di perli-perli dan bukannya di hina...

sesuatu yang kadang-kadang kita anggap perkara itu tak penting tapi hakikatnya ia sangat penting..biarlah ia berlandaskan di atas garisan yang betul..

corat coret ini hanyalah nukilan yang ingin berkongsi pandangan dan masih lagi mencari dan meneliti dan untuk lebih memahami dengan segala penciptaan Allah ..

diri ini masih lagi kerdil dan masih lagi lemah untuk mencapai segala apa yang di inginkan.. misi sekarang hanyalah untuk mencari dan meneliti apa yang terbaik buat diri ini.. Cinta illahi yang ingin di cari sesungguhnya ku tahu masih banyak lagi yang aku perlu pelajari..
hati ini sesungguhnya milik Allah dan aku hanyalah pemilik jasad ini yang bertanggung jawab untuk mematuhi dan mengikut apa yang telah tertulis buat hambaMu.. 
ku lewati jalan-jalan yang terbaik buat aku...
di jalan di mana aku sentiasa diredhai ALLAH...
dan dari situlah Dari sujud ke sujud ku memohon segalanya pada MU..

Bila Mana~


Bila mana Allah telah menjanjikan kepada setiap hamba2 nya dan kita haruslah terima kerana apa yang tertulis buat kita adalah yang paling baik buat kita..
setiap saat dan detik ketika mendengar sekeliling berbisik tentang betapa rindunya mereka kepada Dia, sesungguhnya aku juga rasa begitu..
perasaan yang sukar di ungkapkan dan sesungguhnya mau saja aku melontarkan perasaan rindu dan cintaku pada Dia.
terkadang hati dan diri ku rasa malu kerana aku tidaklah sempurna pada pandangan mata manusia, ada saja kekhilafan yang aku lakukan..
setiap apa yang aku lalui kekadang membuatkan aku lupa diri ..


sesungguhnya, sudah ku tahu aku mempunyai peluang dan sentiasa akan ada peluang itu untuk aku berubah dan untuk aku memohon ampun padaNya..
malu benar pada diri ini...
tersangat lah malu... 
kadang-kadang ingin mengelak dan terkadang selalu ingin berhati-hati
tetapi apa kan daya, bila kita berhati2 itu lah yang kekadang ia menjerat diri...

Manusia memang mudah lupa diri dan manusia terkadang tidak pernah kenal dek untung..hanya mementingkan diri sendiri.. dan ada juga yang sombong di dunia sehingga kan lupa sujud dan bersyukur kepada Dia..
kejayaan yang di milik dan kesenangan yang ada hanyalah sementara..

walaupun ilmu yang tinggi tetapi ilmu itu di gunakan untuk membangga diri
memanglah tiada faedahnya..ilmu itu untuk di kongsi dan ilmu itu di gunakan untuk sama2 bantu membantu diantara satu sama lain..

TIADA GUNA BILA DI MULUT BERBICARA TENTANG CINTA KEPADA DIA DAN TAKUTNYA KAU PADA DIA, TETAPI DI HATI PENUH DENGAN PERASAAN HASAD DENGKI DAN HANYALAH HIPOKRIT SEMATA-MATA UNTUK KAU MENGABURI MATA-MATA MANUSIA~

sedarlah wahai manusia, hidup ini umpama roda dan yang paling harus di ingat
kita disini hanyalah sementara kerana yang pasti nya kita sudah ada tempat tinggal yang kekal..
hanya amalan yang perlu diiringi bersama kita hingga ke akhir hayat kita
wahai manusia..

Cinta ini hanya akan kekal bersama dengan kita..tiada siapa yang dapat memutuskan perasaan cinta ini selain diri kita sendiri..
kita lah yang mencorakkan perasaan cinta dan kasih sayang kita dengan Dia..
sesungguhnya redhanya dan kasihnya yang kita inginkan dalam melalui kehidupan kita sebagai manusia..

 Sesungguhnya cinta terhadap Dia tidak akan pernah berubah walau sedetik..
kita tidak akan pernah puas dalam mencari redhanya..
pada Dia kita mohon dan pada Dia juga kita berserah~

Bersihkan lah hati dan jiwa kita semua untuk Dia..

<3 <3 <3


Andainya dapat ku menulis nota-nota CINTA buat Dia~


Aku Rindu PadaMu~~

Kejayaan Milik semua`



Assalamualaikum..
sepertimana yg di lihat di status@ di wall facebook rakan2
semuanya mengkhabarkan berita yg gembira.
Alhamdulillah, ramai rakan2 yang sudah menamatkan pengajian mereka 
dan sya amat bersyukur dan terima segala keputusan yg diberikan dari ALLAH dan
sesungguhnya keberkatan yang ingin kita perolehi dari nya..
tiap usaha yang di lakukan, semuanya hanyalah kita niatkan kerana ALLAH..
kerana pada dia kita meminta dan pada dia juga kita memberi~


perjalanan hidup setiap insan semestinya sudah ditentukan oleh ALLAH buat hamba2 nya.. dan kita sebagai hambaNya seharusnya bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan oleh ALLAH.. 
setiap langkah yang kita ambil sememangnya adalah tanggung jawab kita sendiri..
jatuh bangun kita adalah atas diri kita sendiri..
setiap kesalahan yg berlaku semua atas diri kita sendiri.
cuma kita sendiri susah untuk mengakui kesalahan kita itu.
hakikatnya, diri ini harus belajar untuk menerima kesalahan diri sendiri dan juga sentiasa akan belajar dari segala kesilapan yang di lakukan..

Itulah namanya manusia...memiliki kejayaan bukanlah satu kerja yang mudah. yang pasti, usaha kita yg bersengkang mata last minute study and juga menaip assignment juga kadang-kadang berbaloi tapi sebenarnya tak elok sangat macamtu..
biasalah, zaman sekarang semua nak last minute kan.. itulah dunia..
kejayaan semestinya milik semua insan yang ada di bumi ALLAH ini..
jadi, diri ku akan menghabiskan sisa-sisa hidup ku di sini selagi mana ALLAH telah menetapkan apa yang terbaik buat aku..
harus terima segala keputusan dan dugaan dari ALLAH kerana aku tau 
ALLAH sentiasa ada buat aku

Peace Yo~ <3

:: CINTA ITU TIDAK PERNAH MEMINTA TETAPI MEMBERI SEPENUH RELA::

TANDA KASIH YANG ABADI, DALAM SENANG JUA DALAM KESEMPITAN
KASIH ILLAHI TIADA BERSEMPADAN
TAK MEMILIH SIAPA
HINGGA KE AKHIR
KEKAL SELAMANYA~   
 
Peace :)
 

Berangan sangat!


Assalamualaikum..
Alhamdulillah telah selemat menempuhi final exam walaupun mengakui
berdepan dengan pengakhiran yang tidak berapa baik!!
itu ujian buat ku.. syukur semuanya telah selesai.
tapi, bagi ku, aku tidak akan menempuh bulan cuti
malahan akan bekerja seperti biasa dan cuma hari ni tidak pergi ofc kerana
menemani ummi ku ke pharmacist dek kerana masalah kesihatannya..
ku doakan agar cepat sembuh hendaknya..
baiklah, menyulusuri rentetan perjalanan hidup ku..
kebelakangan ini sha rajin meng 'surf' di google image2 gambar utk tema perkahwinan..
haipp!! itu bukan bermaksud sha akan kawen ok tetapi hanya untuk menjamu mata sahaja!
jangan risau.. akan di share kan apa yang menarik perhatian sha sangat sangat
sangat ok!! 
tiada apa yang istimewa sebenarnya cuma hanya meminati dan mencemburui
idea-idea yang ada pada setiap gambar-gambar tersebut..
melihat gambar-gambar yang subhanALLAH sangatlah cantik!
memang sangat menganga sekejap..sesungguhnya ini bukanlah fantasi atau pun
dongengan...banyak yang dapat dilihat pada gambar-gambar tu :)
Fist, it have to be the ring kan! 




 ini hanyalah di copy paste dari google ya..

simple masterpiece! white! 

i want this color for my wedding :)
just change the black to the light blue..heheh
nice one kan..
 yeah..tapi ini semua hanyalah angan-angan sahaja..tiada yang serius pun!!
jangan risau..masih banyak lagi yang perlu sha lakukan...
besides, there's still no one is given by HIM to me..
just be patient and du'a for the best :)
yes, indeed.. im still not prepared yet for this thou..
there's plenty that i need too learn n i should pleased my family and waiting for my big sista for this..
just sharing my thoughts regardless to influences by the update of friends status
at facebook.they married and have kids and etc etc...bilamana masa itu akan tiba
tiada siapa yang akan dapat menduga..
sebagai insan yang masih lemah dalam segala-gala nya, inilah masanya untuk memperbetulkan diri selagi hayat masih ada..


Cebisan salji....


Assalamualaikum once again.
currently updating the blog while during finals exam..
berbaki 3 lagi paper and its gonna end. 
but then there is no holiday for me like most of the students.
will be spending my time working here :)
jadi, bergembira lah seadanya selagi mampu ye.
menghabiskan masa di rumah seketika sambil menonton drama korea yang baru saja habis episodnya.. LOVE RAIN <3
yeah.. dimana elok untuk menenangkan fikiran ( kononnya)
then baru juga selesai mentransferkan gambar dari external hard disk chun 
yang gambar2 korea dah berzaman tu..will try to share a bit picture of me with the snow :)
bit by bit the snow is falling down and yet is hoping gonna fall heavily   
 
 
 then, another picture of us playing snow....... ^_^
We <3 IIUM 

Thank You ALLAH for  giving us the happines..

snow..Alhamdulillah for the gift!

trying to make snowball and specially captured for my sister :P
wee~...one of the memories that we love the most!
 

Addicted kah?? or saja suka-suka?


Assalamualaikum once again peeeps!!!!!!!!
Yeah, oleh kerana pada hari ini saya masih lagi berada di rumah, maka tangan ini rajin untuk mencoretkan apa2 yang patut dicoretkan ye :P
ingin di kongsi bersama kegilaan or bukanlah kegilaan sangat tapi apa yang saya suka buat masa sekarang adalah Korean Drama yang bertajuk LOVE RAIN..
indeed, bukanlah saya untukmemuja or mengagungkan mana2 artis dari korea tapi
saya selalu akan melihat based on their work in acting and untuk drama kali ini, 
biasalah pelakonnya adalah pelakon kesukaan saya iaitu JANG KEUN SUK :P
  indeed! dia adalah seorang artis yang berbakat..dia boleh berlakon, menyanyi dan menari which is my favorite!!!
hahaha..sudah semstinya itu adalah kegemaran saya :)
he is the most talented person ever and sebenarnya saya hanya menikuti perkembangan dia sorang je...bukan nak jadi rigid, tapi saya memang suka dia since saya terpaut tgk lakonannya :)
well..manusia kan...and he is so adorable... :)
uish! x baik puji lebih2..sudah2...dah nak start merepek dah ni :P
 
Hye..i'm Jan geun Suk :)

nice one kan??? jap..nak share lg..
Yes..its Him :) #heartmelt#    






 sangat kan~ hokeyh...~ then..
YES! ITS ME AND HOPING THAT IS HIM!!#wishfullthingkingsgt#
haish...berangapan akan jumpa dia ke sana and walaupun dia buat road tour ke Singapore hari tu..
bukan rezeki ku :(
tapi xpe :) hehe..dapat tatap kat youtube pun hokey je :)




p/s: bukan taksub ye tapi hanay suka pada bakat yg ada padanya..and btw, he not done any plastic surgery since he is debuted since he was 5 years old people..believe it or not~
nak share gambar lagi tapi nanti orang x suka pulak kan...haha..tapi, this is my place for me to share..so, see it and just smile like he is :)
:)

Musim Exam Kembali lagi~

Assalamualaikum~~
Bersua sekali lagi di edisi musim peperiksaan tiba lagi :)
ya, seusai beberapa minggu menelaah kan diri ke kelas dan ini tiba lah masanya kami2 semua
akan menghadapi hari perhitungan di dewan peperiksaan!!
yeah! mood nak seronok atau nak sedih?? konpius (@_@)
 sekarang lokasi berada di Subang Jaya, rumah keluarga yang tercinta <3

Akan cuba untuk menghabiskan masa sebelum start study :)
kononnya lah~~

sama2 berdoa agar dipermudahkan segala urusan hambaMU ini YA ALLAH~~
(kecut perut setiap kali musim final exam)
sawan exam!

Gambar masa muda2 dulu :) nak ke final exam...edisi sekarang xda lagi.. :)     





   So, moral of the story is, bitauffiq wannajah...

Berhabuk dah~~


Assalamualaikum~~
Berhabuk dan agak berkurun lamaya tidak berconteng2 an di sini
dan tidak merepek di alam maya..al-maklumlah, busy la kononnya..
pengajian ku sudah hampir ke pengakhiran tap aku masih lagi tak bersedia untuk apa2 lagi..
YA ALLAh! lalai benar aku ni.. haish!! x fokus! padan muka! 
bercerita tentang kehidupan ku sebagai seorang anak, adik, pelajar dan juga pekerja, tiada apa yang terbaru.. cuma masih lagi menumpukan kepada apa yang patut.
oh.. dan ya, saya sudah memikirkan tentang soal jodoh..belajar utk buka hati saya an mohon petunjuk Dari Allah agar ia dipekenan kan.. Usia sudahmeningkat dan ya, siapa yang tak mahu bekeluarga bukan..
tapi, keutamaan jangan di lupa..
Belajar untuk menjadi seorang wanita dewasa ni bukanlah senang.
hati harus kuat dalam menangani segala rintangan yang ada di depan mata.
dan ya, bukan saja soal jodoh di pikirkan, di sebalik nya it adalah untuk memikirkan bagaimana hubungan saya dengan yang Maha Satu dan Yang Maha Esa..
Dari hari ke hari sya memikirkan bagaimanakah untuk diri ini sentiasa berada dekat dgn Nya.. setiap hari persoalan akan muncul lebih-lebih lagi seusai solat ... Tangan di tadah memohon ampun dan petunjuk agar di berikan kemudahan dalam segala apa yang di lakukan dan mohon petunjuk apa yang terbaik buat ku...
Setakat ni, Alhamdulillah, Aku di berikan petunjuk di depan mata ku dan bg ku itu adlah petanda bahawa ALLAH sayangkan Hamba Nya dan tidak mau hambaNya berdepan dengan kesedihan lagi..
Drama swasta yang di ciptakan oleh manusia kadang kala membuatkan aku ketawa sinis.
Ingin di katakan di sini, melalui pengalamanku sendir, janganlah sesuka hati menuduh seseorang iti andai tiada bukti yang kukuh dan jangan suka buat andain sendiri yang akan memakan dirimu sendiri wahai manusia.. pesanan ini juga ditujukan khas buat diri ini juga...
penat dengan segala buah mulut orang sehinggakan kamu dituduh atas suatu benda yang kamu sendiri tidak tau mana pangkal dan mana hujung pangkalnya...
hebat sungguh manusia seperti..mengadu domba dan menjaja cerita yang tidak berfedah dan sekalimenjatuhkan maruah seorang manusia yang hakikatnya kamu sendiri tidak pernah kenal siapa dirinya...
lihatlah, kebenarannya sudah terbukti..Allah maha menetahui segala yang tersirat dan yang tersurat...  


Lebih baik Berdiam dari berbohong dalam bercerita ~~

~~ Me and You~~
someday..