Jeles..


Assalamualaikum..

jeles a.k.a cemburu??

apekah??

Bila ikut hati, akan binasa..maka haruslah sentiasa berbalik kepada keimanan..

setiap peristiwa yang di lalui dan yang di hadapi amat mematangkan diri..

ikut hati, nak je ikut orang..tapi bila memikirkan keupayaan diri tidak mengizinkan, maka haruslah berbalik kepada yang asal..

dan dengan terjadi sifat cemburu ini, maka aku berbalik kepada persoalan dan pertanyaan buat diri sendiri..

PERLUKAH AKU CEMBURU? KENAPA AKU MESTI CEMBURU? HEBAT SANGATKAH PENANGAN CEMBURU? APA AKU AKAN MENJADI BAHAGIA AKIBAT MENGIKUT PERASAAN HAWA NAFSU DAN HASAD DENGKI?

jadi, kesimpulannya, aku berpikir balik, semua ini adalah ujian dari ALLAH buat hamba2 nya..dan ALLAH sedang menguji aku dan yang pasti nya aku tewas sebab aku hanya manusia biasa yang masih lagi merangkak2 untuk memperbetulkan dan untuk menyiapkan diri aku dan yang pasti untuk sentiasa memperingatkan diri sendiri untuk sentiasa bersukur di atas setiap kurniaan diberikan oleh NYA...
Berikanlah aku masa untuk mengenali diri aku sendiri sebelum aku mengenalkan diri aku pada orang lain dan sebaliknya.....

Marah? ya..kadang2 aku marah dengan diri aku dan kadang2 aku rasa apa yang aku lakukan ni tak berbaloi buat aku, tapi sejenak fikiran aku akan berbalik semula kepada persoalan di atas.. PERLU KE AKU JADI MACAM NI?BAGUS SANGATLAH AKU BUAT MACAM NI KAN? HEBAT SANGAT KE SAMPAI AKU KENA BUAT MACAM NI??dan bermacam2 lagi yang dimana aku tak sedar yang aku bermonolog dengan diri sendiri!

Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri dalam melalui bahtera kehidupannya dan yang pasti setiap insan mengimpikan syurga di dunia dan yang paling penting di akhirat kelak.. tidak salah untuk mencari kebahagiaan di dunia asalkan tidaklah hanya berlandaskan kepada nafsu sahaja. yang utama kepada yang Maha Esa. pengorbanan di dunia tidak lah sia-sia kerana ganjaran yang mutlak dan hakiki adalah di Sana dimana aku sendiri belum pasti sama ada aku layak ataupun tidak.

Perjalanan seorang insan sudah termaktub dan tertulis di LUH MAHFUZ.. apa yang ku harapkan, hanyalah untuk menjadi lebih baik agar apa yang ingin di capai tidaklah sia-sia..




:: Siapa yang tidak menginginkan kebahagiaan?? cuma masa dan waktu ini bukan tertulis untuk ku..







:: Untuk mempunyai sebuah "Baitul Muslim" adalah impian kita semua ::




:: Biarlah ini menjadi Rumah kediaman ku yang dapat ku bermastautin bersama insan yang terpilih buat ku nanti ::




:: Dan Biarlah Kekasih ALLAH ini menjadi saksi di atas segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNYA ::








:: Tiada apa yang kuharapkan hanyalah untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang..ku mohon agar dipermudahkan segalanya... ::


P/S: ini hanyalah sekadar luahan perasaan dari hati seorang gadis yang hanya mahukan ruang untuk mengekpresikan apa yang di rasai..tiada kaitan diantara yang hidup mahupun yang telah tiada..ini sekadar monolog dan sekadar sesi muhasabah diri dan mahu dikongsikan bagi sesiapa yang sudi berkongsi..TQ

0 comments:

Post a Comment