BerAbad Lamanya..


Assalamualaikum..

setelah berzaman baru lah sempat untuk berblogging nih..bukan lah selalu sangat pun kan nak berblogging nih.. kadang-kadang tu macam agak kemalasan sikit..biasalah...
BTW, sekarang ni sudah masuk bulan Ramadhan yg Mulia...bermacam- macam perkara telah di lalui..kalau tak silap last update, nak ke Tamant Latihan di Johor..

Alkisahnya, di sana Alhamdulillah..selamat menjalani latihan dgn sempurna ( walaupun tak sempurna mana pun ).. cuma nak di jadikan cerita, minggu ke dua berada di sana, telah mengalami masalah kesihaytan yg agak kronik la kononnya..telah di masukkan ke pusat kesihatan UTM dn dimasukkan air dalam badan..dehydrate la kononnya kot.. jadi, mmg agak tak sihat dan merehatkan diri dari memasuki padang kawad selama 3 hari kalau tak silap..

Kemudiaan, nak tak nak kena larat kan diri..membantu rakan-rakan lain sama..kalau kosong line kita, susah orang pulakkan..tak ape lah..bila lagi nak rasa "seronok" nya kan..kali terakhir kawad dengan rakan-rakan sepasukan.
Hari raptai, Alhamdulillah kami semua dapat lah lakukan dengan baik :) walaupun masa dalam dewan utk ambil sijil, sya dan Ruq menitiskan air mata kerana ini sudah hampir ke penghujungnya perjalanan kami selama 3 tahun. Jatuh bangun kami dengan SUKSIS mmg tak dapat di lupakan..

Sejujurnya, tak pernah membayangkan diri ini akan tamat perkhidmatan juga. Nak tak nak kena lah hadapinya jugakkan..walaupun muka ku sunburn a.k.a terbakar sangat2, tapi kami semua masih mampu tersenyum.. :) Perasaan bercampur baur sebenarnya.. dapat mengakhiri latihan dan dapat jugak merasa berjalan di depan pentas kehormat dan bersalaman dengan Ketua Polis Negara, tapi pengalaman yg dilaui itu lah yg paling berharga dan tidak akan di lupakan sampai bila-bila. kenangan itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Yang paling penting, Sahabat Sejati jugak susah dicari :)

To my Friend,a.k.a rumet utk 2 minggu di Johor, Najiah! you've been great to me and we've spend our last moment in SUKSIS together! love you lil sista! ( sbb kau selalu panggil aku sista kan :) )
Ruq,Wani,Wan,Nadz,Mek dan Ramai lagi...Biarkan masa berlalu dengan pantas, tapi di harap ikatan persahabatan ini tidak akan terhenti di sisni...
( Bermadah la pulak kan :P )

Anyway, sekarang ni sudah Bulan RAMADHON yg mulia...maka kita sama2 mendoakan agar amalan kita di bulan yg mulia ini diterima ALLAH dan kita akan dilindungi oleh NYA ..AMIN...moga Ramadhon kali ini akan lebih baik dari yg sebelum2 ini...

0 comments:

Post a Comment