Jeles..


Assalamualaikum..

jeles a.k.a cemburu??

apekah??

Bila ikut hati, akan binasa..maka haruslah sentiasa berbalik kepada keimanan..

setiap peristiwa yang di lalui dan yang di hadapi amat mematangkan diri..

ikut hati, nak je ikut orang..tapi bila memikirkan keupayaan diri tidak mengizinkan, maka haruslah berbalik kepada yang asal..

dan dengan terjadi sifat cemburu ini, maka aku berbalik kepada persoalan dan pertanyaan buat diri sendiri..

PERLUKAH AKU CEMBURU? KENAPA AKU MESTI CEMBURU? HEBAT SANGATKAH PENANGAN CEMBURU? APA AKU AKAN MENJADI BAHAGIA AKIBAT MENGIKUT PERASAAN HAWA NAFSU DAN HASAD DENGKI?

jadi, kesimpulannya, aku berpikir balik, semua ini adalah ujian dari ALLAH buat hamba2 nya..dan ALLAH sedang menguji aku dan yang pasti nya aku tewas sebab aku hanya manusia biasa yang masih lagi merangkak2 untuk memperbetulkan dan untuk menyiapkan diri aku dan yang pasti untuk sentiasa memperingatkan diri sendiri untuk sentiasa bersukur di atas setiap kurniaan diberikan oleh NYA...
Berikanlah aku masa untuk mengenali diri aku sendiri sebelum aku mengenalkan diri aku pada orang lain dan sebaliknya.....

Marah? ya..kadang2 aku marah dengan diri aku dan kadang2 aku rasa apa yang aku lakukan ni tak berbaloi buat aku, tapi sejenak fikiran aku akan berbalik semula kepada persoalan di atas.. PERLU KE AKU JADI MACAM NI?BAGUS SANGATLAH AKU BUAT MACAM NI KAN? HEBAT SANGAT KE SAMPAI AKU KENA BUAT MACAM NI??dan bermacam2 lagi yang dimana aku tak sedar yang aku bermonolog dengan diri sendiri!

Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri dalam melalui bahtera kehidupannya dan yang pasti setiap insan mengimpikan syurga di dunia dan yang paling penting di akhirat kelak.. tidak salah untuk mencari kebahagiaan di dunia asalkan tidaklah hanya berlandaskan kepada nafsu sahaja. yang utama kepada yang Maha Esa. pengorbanan di dunia tidak lah sia-sia kerana ganjaran yang mutlak dan hakiki adalah di Sana dimana aku sendiri belum pasti sama ada aku layak ataupun tidak.

Perjalanan seorang insan sudah termaktub dan tertulis di LUH MAHFUZ.. apa yang ku harapkan, hanyalah untuk menjadi lebih baik agar apa yang ingin di capai tidaklah sia-sia..




:: Siapa yang tidak menginginkan kebahagiaan?? cuma masa dan waktu ini bukan tertulis untuk ku..







:: Untuk mempunyai sebuah "Baitul Muslim" adalah impian kita semua ::




:: Biarlah ini menjadi Rumah kediaman ku yang dapat ku bermastautin bersama insan yang terpilih buat ku nanti ::




:: Dan Biarlah Kekasih ALLAH ini menjadi saksi di atas segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNYA ::








:: Tiada apa yang kuharapkan hanyalah untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang..ku mohon agar dipermudahkan segalanya... ::


P/S: ini hanyalah sekadar luahan perasaan dari hati seorang gadis yang hanya mahukan ruang untuk mengekpresikan apa yang di rasai..tiada kaitan diantara yang hidup mahupun yang telah tiada..ini sekadar monolog dan sekadar sesi muhasabah diri dan mahu dikongsikan bagi sesiapa yang sudi berkongsi..TQ

Bahagia..


Assalamualaikum..

SAYA BAHAGIA MELIHAT INSAN YANG SAYA SAYANG BAHAGIA!!!!

itu ungkapan yang paling sesua untuk saya ungkapkan sekarang! melihat kawan2 menngecapai bahagia dan sekaligus rasa bersyukur tidak terhingga kepada rakan2 saya..

Alhamdulillah, kejayaan yang di raih hari ini seharusnya di tempuhi dengan rintangan yang banyak sekali dan kata kuncinya yang pasti adalah SABAR!


Tempoh hari, nak berkongsi cerita tentang salah satu kebahagiaan yang saya rasakan sekarang adalah, apabila Abang angkat atau boleh di kategorikan sebagai senior saya sewaktu saya masih lagi dalam SUKSIS menanya khabar saya..Almaklumlah menjalani latihan dalam pulapol dan bakal mengakhiri pengajiannya dan latihan kemungkinan pada akhir tahun ini..kursus induksi dah di jalani dan Alhamdulillah beliau telah lulus dan sekarang masih menunggu keputusan ujian undang2 beliau pulak..

Tiada apa yang dapat di gambarkan betapa gembiranya hati seorang adik tatkala melihat seniornya sangat bersungguh2 dan sangat " determine" dalam mencapaicita2 nya yang ingin menjadi seorang anggota polis..dan ya, dan mungkian dia berimpian untuk menjadi ketuapolis negara suatu hari nanti..

berbekalkan dengan doa dan sokongan padu daripada Ahli keluarganya dan kekasihnya jua, itu yang membuatkan dia tak berhenti dari terus mencapai impiannya..


:: ini senior saya kat dalam pulapol and kekasih hatinya :) ::


cerita kedua ialah, BFF saya selamat bertunang dengan pilihan hatinya..ALHAMDULILLAH :)


di selamat bertunng pada tarikh 7hb iaitu hari kedua kita menyambut hari raya AIDILADHA...bagus2..huhu..gambar yang di ambil dari facebook beliau..


:: i like this picture very much ::

ok babe..kalau ko baca lah kan entri ni, huhu..aku pulak yang nak menangis kan!!
happy+excited+sedih+suka..semuanyalah..mmg itu sudah tertulis di LUH MAHFUZ..banyak benda yang kita lalui and banyak benda yang kadang2 kita tak sedar apa yang berlaku bukan...banyak benda yang jadi kat kau and banyak benda jugak jadi kat aku cuma kita kadang2 abaikan je..huhu..
anyway, x nau jadikan ini sebagai medium luahkan perasaan,,hahah..just that need you to know that you have got the men that u'll always dream for :) let him lead you till Jannah~~ insyaALLAH..

:: i'm HAPPY because YOU ALL make me HAPPY :: SUBHANALLAH, you've make me happy just because of you YA'ALLAH..no words can describe my feelings.. ::

Hopefully..


Assalamualaikum..

Berkurun lama ku rasakan tidak menjengah ke blog ini... wah!! huhu.. menghilangkan diri buat seketika dari berblogging ini bukan sebab apa, tapi sebab utama nya xdapat berwifi di mahallah sebab there is no connection to IIUM COMMUNITY!!
whatever~~~~~~~

sementelah beberapa kutun tidak bermadah pujanga, sebab masa2 terluang ku di isi dengan memikul tanggung jawab ku di office.. Alhamdulilah, contract ku di sambung sehingga bulan 12 nanti..Alhamdulillah.. ( tetiba mcm nak terus kerja je)..huhu..

Hari raya Aidiladha bakal menjelang tidak lama lagi dan jemaah haji sekarang bersiap kan diri untuk menghadapi diri di padang arafah!!! itulah kemuncaknya yang di nanti kan olehsetiap para jemaah haji..

oh!! sungguh aku cemburu..cemburu kenapa? ya! cemburu kerana melihat jemaah2 ini menunaikan haji..dan semoga mendapat haji yang mabrur! tiada seindah kata yang dapat di lafazkan..Subhanallah..indah dan agungnya penciptaanMU!!!
ok..di akhiri dengan sedikit kata hati yg tersimpan..huhu..


Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..




:: ANDAI SEMUA ITU SUDAH TERTULIS BUATKU ::





:: Yes!! i'm in LOVE..in LOVE with my Creator..and for sure to PROPHET MUHAMMAD S.A.W ::

Semester Baru..


Assalamualaikum

Tanggal 12 september sudah bermula lah semester baru ku di IIUM a.k.a Universiti Islam Antarabangsa..

Proses perpindahan bilik berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad.. badan2 amat lah terasa letih yang amat sangat yer. bukan apa, dek kerana mengangkut barang2 dari tingkat 2 untuk ke tingkat 1. agak bengkok gak lah kan..keletihan yg amat sgt.. sehinggakan sempat lagi tertidor bila rumet ku si zara dok mengelap lantai..terbaik lah :P

Then, hari2 yg di lalui dengan menghadirkan diri ke kelas2 yg telah di tetapkan oleh system. maka berjalan lah menyulusuri jalan2 di mahallah sumayyah dan seterusnya ke nusaibah dan akhirnya melangkah terus ke Kuliyyah ku iaitu IRKHS.
Tetapi kelainan bagi sem ini ialah, aku tidak lagi meluangkan masa aku di cafe2 yg ada, malah aku melangkah ke Opis ku iaitu di S-Dev tingkat 2. kerana aku masih lagi part time staff di s-dev. secara jujurnya amat sayang untuk meninggalkan kerja aku di s-dev sebab apa ya. sebab dorang kat sini amat2 best dan baik :) walaupun kadang2 tu aku ada buat salah kan...huhu..
dalam beberapa hari lagi akan menamatkan perkhidmatan aku disini ( kalau mengikut kontrak la).. huhu..rasa mcm nak sambung lagi je..huhu...

nak kata sem ni ada banyak masa terluang, itu betul jugak..tapi, kita tengok kepada bos ye. sama ada dia merecommendkan atau pun tidak ya..

jadi, ada benda sebenarnya yang nak di sharekan..tapi, nanti2 kita story mory :)

Raya datang lagi ( edisi 2011)




Assalamualaikum :)

Alhamdulillah..bersua kita lagi di bulan Syawal selepas Ramadhan Meninggalkan kita..

Edisi kali ini beraya di Kampung..alor star, perlis dan channa, Thailand..

Kedatangan di Thailand kali ini amat hebat sambutannya..kerana sanak saudara di sana menyambut kedatangan kami sekeluarga..walaupun sehari je, tp, itu lah,,sayu tatkala bersalaman sebelum pulang ke Malaysia..

agak banyak makanan dan barang2 yg dikirimkan utk di bawa pulang ke Malaysia.. sejujurnya x muat kereta nak bawa balik semua.. ada setengah tu di berikan kepada mak cik2 yg berada di perlis and penang..

ada sedikit gambar2yg ingin di kongsi kan :)

ni adalah gambar2 di Thailand..just arrived from malaysia ( heh..mcm jauh lah sgt kan..hehe )



:: anak beranak ::




:: Sachom Beach..raya2 pergi pantai :) ::


:: mind peeps! ini bunga kantan yg cukup cukup kembang!!! its very2 very very nice!!!! ummi jatuh hati dgn bunga itu :) ::





:: baba and ummi and akk..di Thailand.. ::


:: kuih sepit yg color2..and bentuk bunga..sgt cantik ::

okeyh..nampaknya sampi di sini dulu ye :) mau titon..jam menunjukkan 3.10 pagi..so selamat malam a.k.a pagi semua :)

Assalamualaikum..

Nama2 pakcik dan mak cik saya...


Padanan antara nama2 pak cik dan makcik saya dan mak and ayah saya..nama2 nabi..ce tgk ek

1- Baba and Ummi: Zakariya & Siti Hawa

2- mak ndak n pak ndak: Ayub & Aisyah

3- Mak tam n pak tam: Isa & Fatimah

4- Mak tih n pak tih: Hamdan & Aminah

kan? sangat2 interesting..Jodoh dah di tentukan oleh ALLAH :)

Passing out moments..


Assalamualaikum...
sudah berkurun lamanya sya menamatkan tamat latihan yg dibuat di johor. dan kenangan itu masih lagi teringat dan terimbau2 di dalam otak fikiran..manakan tidak, usaha selama 3 tahun dan penat jerih di padang kawad dan segala aktiviti ke polisan di ikuti dgn jayanya..

ALHAMDULILLAH, dengan keizinanNYA dapat juga sya menamat kan nya..

ada gambar2 yang di snap oleh kakak, baba and as well ummi..

rasa bersyukur dan terharu sebab baba and ummi and akk and kak zulai turut hadir ke majlis itu wlaupun banyak kekurangannya..

sorry baba and ummi..

but, anyway, rasa nak menangis pun ada sebabnya masa awal penglibatan dalam suksis dulu, ummi sya mcm agak menentang jugak sbb bagi dia sya x mampu nak lakukan dan lalui segala training semua tu..tapi, akhirnya dapat juga ku buktikan pada mereka dan ALHAMDULILLAH, mereka dapat menerima seadanya kehendak dan kemahuan ku :)

tanpa sokongan mereka semua, sya mgkin tidak mampu utk melalui training2 yang ada dan juga karenah2 manusia semua..tapi, ummi selalu pesan, itu adalah salah satu ujian dari ALLAH kepada hamba2 NYA..kita sbg manusia harus bersyukur kerana ALLAH tak pernah lupakan hamba2 NYA..jadi sebab itu DIA dtgkan semua masalah itu utk kita selalu dekat padaNYA...




:: do ignore the tone of the skin color :P :: ~~ Baba and Ummi ~~


:: JOHOR..akak::


:: jiah :) ::


:: ALHAMDULILLAH!! Finally...all sweats and the hardness of the skuad ::


:: From ummi, baba and akak :: btw, there's more..


:: it's hard to say goodbye, sayonara ::



:: Last Day training ::



:: The Day ::


:: No more "pelatih Kor Suksis"..this is the end of the Suksis as a trainee ::



~~ will miss it the moments that been trough with the squad.. penat lelah selama 3 tahun akhirnya berbaloi.. ~~

Next mission new intake for the silent drill..akan mencurah kan bakti pada silent drill team.. itu yang termampu..

:)

:: Andai ini yang terakhir ::

Jika Lailatul Qadar Milikku,

Ku Sujud Syukur Di hadapan Tuhanku,

Menangis Memohon Kehidupan Indah Buatku,

Agar Menjadi Hamba Allah Yang Setia Selalu

Jika Ramadhan Ini Terakhir Buatku,

Maka Selayaknya Aku Merendah Diri Pada Kholiqku,

Pada-Nya Ku Merintih Mengadu Tanpa Malu,

Agar Husnul Khatimah Di Akhir Hidupku.



Apakah Yang Aku Mahu Pada Saat Malam Seperti Itu,

Tiada lain Melainkan Buktikan Kehambaanku Pada Penciptaku,

Menyemai Perasaan Bertuhan Di Sejadah Solatku,

Memohon Munajat Sepuas Hatiku.



Kebaikan Seribu Bulan Yang Dianugerahkan Itu,

Umpama Amalan Rahmat Memenuhi Ruangan Qalbu,

Sudah Ku Dambakan Bertahun-Tahun Yang Lalu,

Mana Mungkin Akan Ku Sia-Siakan Ia Berlalu Sayu.



Ya Allah, Kurniakan Aku Malam Rahmat Penuh Barakah Itu,

Biar Aku Tenang Sampai Masuknya Waktu Subuh Berlalu,

Bersama Hembusan Rahmat Kasih Sayang Melalui Malaikat-Mu,

Menyentuh Jawarihku Yang Kian Merindu...






:: Di Ambil dari www.ILUVISLAM.com ::

Masak-memasak sgt enak :)


Assalamualaikum.. Berkarut marut lagi aku disini ye..

Baiklah..hobi sya buat masa sekarang ini adalah " menelaah " blog2 masakan di sekitar Malaysia ni yer..Luaskan Pengetahuan anda ye.. lebih2 lagi dalam bidang masakkan..
pergh! sangat teruja melihat blog2 mereka ini semua.. and bila sekali tgk, terus kita nak jadi followers dorang.. memang sangat banyak. di samping itu juga di sertakan sekali dengan tutorial videos utk mereka2 yang ingin mencuba :)

memang x rugi pun kan melihat gaya2 dan cara2 masakkan mereka.. and yes indeed, sya mempunyai minat yang sama..

saya suka makan and pastinya saya suka masak utk org makan :) x rugi pun kan. tapi semua itu haruslah di praktikkan selalu..memang ramai sgt sekarang, suri sumah menjadikan bakat measak mereka itu sebagai salah satu cara untuk menjana wang pendapatan mereka dan bg sya, mmg x rugi pun kan, malah ia sgt membantu para wanita yg berkerjaya yang sibuk dengan tugasannya di luar.
dan mana tau satu hari nanti, sya juga akan menceburi bidang yang sama ye :)

http://dapurcomelku.blogspot.com - ini adalah salah satu blog yg memaparkan pelbagai resepi dan makanan2 yang enak dan mudah dan ringkas :) kaum lelaki pun boleh memasak!


:: so cute kan?? ::

i wish i can baked the cuppies and get it right!! heheh



:: I DO LOVE CUPCAKES!!! ::


so, mari semua..kita menelaah lagi blog2 yang ada dan meminjam resepi2 mereka..


:: kadang2 ingin share semua benda yang di masak.. tapi, al-maklumlah, saya budak baru belajar..once dah terror masak, insyALLAh akan cuba utk berkongsi yer :) ::


Belajar itu perlu :)

Assalamualaikum semua..

At last! i found a way to change the template by myself :) hahah! berzaman baru tau..

sebelum ni mengharapkan orang je kan..anyway, belajar itu perlu ye rakan2!


ini ada saya letak link ni...www.jejariruncing.blogspot.com

sangat2 suka jadi followers blog ni..suka baca crite2 ni kan :) hehe..

at some point we need to learn from each other right!!

so, lagu raya sekarang sedang berkumandang di opis..credit to abg nizam! yang dah x sabar nak raya!! semalam kak zana yg pasang koleksi2 lagu raya! hahah! mmg best! and semalam dah dapat kuih yg di order..iaitu kuih tart nenas kak faz!


:: Lebih kurang mcm ni lah kuih tart nye ::




suasana raya akan makin terasa tak lama lagi..ALHAMDULILLAh tahun ini di beri kesempatan lagi utk berhari raya bersama insan-insan tersayang..

:: Mari lah kita sama-sama mengejar malam Lailatul Qadar..sudah hampir ke malam2 yang terakhir ni ye ::

I wish it could be happend to me :)


Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah







Wahai PeRantau..PeranTau Di kOta :-)


Assalamualaikum..

Yippie..debaran menanti tibanya HARI RAYA yay! :) ya..walaupun baru 12 hari kita berpuasa, tapi sudah terasa kehangatannya. lagu raya yg dinyanyikan oleh Azlina Aziz.."Wahai perantau, perantau didesa..pulang ke desa berhari rayaaa.... "
agak best jugak kan bila sesekali dengar lagu lama ni kan..



best kan? hehhe..kemaruk nak beraya di kampung..teruja sebab nya mcm dah lama tak balik raya kampung.. yang seronok nya memang rasa mcm balik kampung :) best!

BerAbad Lamanya..


Assalamualaikum..

setelah berzaman baru lah sempat untuk berblogging nih..bukan lah selalu sangat pun kan nak berblogging nih.. kadang-kadang tu macam agak kemalasan sikit..biasalah...
BTW, sekarang ni sudah masuk bulan Ramadhan yg Mulia...bermacam- macam perkara telah di lalui..kalau tak silap last update, nak ke Tamant Latihan di Johor..

Alkisahnya, di sana Alhamdulillah..selamat menjalani latihan dgn sempurna ( walaupun tak sempurna mana pun ).. cuma nak di jadikan cerita, minggu ke dua berada di sana, telah mengalami masalah kesihaytan yg agak kronik la kononnya..telah di masukkan ke pusat kesihatan UTM dn dimasukkan air dalam badan..dehydrate la kononnya kot.. jadi, mmg agak tak sihat dan merehatkan diri dari memasuki padang kawad selama 3 hari kalau tak silap..

Kemudiaan, nak tak nak kena larat kan diri..membantu rakan-rakan lain sama..kalau kosong line kita, susah orang pulakkan..tak ape lah..bila lagi nak rasa "seronok" nya kan..kali terakhir kawad dengan rakan-rakan sepasukan.
Hari raptai, Alhamdulillah kami semua dapat lah lakukan dengan baik :) walaupun masa dalam dewan utk ambil sijil, sya dan Ruq menitiskan air mata kerana ini sudah hampir ke penghujungnya perjalanan kami selama 3 tahun. Jatuh bangun kami dengan SUKSIS mmg tak dapat di lupakan..

Sejujurnya, tak pernah membayangkan diri ini akan tamat perkhidmatan juga. Nak tak nak kena lah hadapinya jugakkan..walaupun muka ku sunburn a.k.a terbakar sangat2, tapi kami semua masih mampu tersenyum.. :) Perasaan bercampur baur sebenarnya.. dapat mengakhiri latihan dan dapat jugak merasa berjalan di depan pentas kehormat dan bersalaman dengan Ketua Polis Negara, tapi pengalaman yg dilaui itu lah yg paling berharga dan tidak akan di lupakan sampai bila-bila. kenangan itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Yang paling penting, Sahabat Sejati jugak susah dicari :)

To my Friend,a.k.a rumet utk 2 minggu di Johor, Najiah! you've been great to me and we've spend our last moment in SUKSIS together! love you lil sista! ( sbb kau selalu panggil aku sista kan :) )
Ruq,Wani,Wan,Nadz,Mek dan Ramai lagi...Biarkan masa berlalu dengan pantas, tapi di harap ikatan persahabatan ini tidak akan terhenti di sisni...
( Bermadah la pulak kan :P )

Anyway, sekarang ni sudah Bulan RAMADHON yg mulia...maka kita sama2 mendoakan agar amalan kita di bulan yg mulia ini diterima ALLAH dan kita akan dilindungi oleh NYA ..AMIN...moga Ramadhon kali ini akan lebih baik dari yg sebelum2 ini...

Ceciter.....


assalamualaikum......

Alhamdulillah dgn keizinanNya eden masih lagi mampu merepek di ruang ini...
mendengar alunan lagu dari kumpulan AL-MAWLID yer yg di anggotai oleh Amer munawer or amer ruffedgr as well as member group ruffedge innuendo and V.E..

Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang sudah kembali ke jalan yg lebih baik dari dulu..moga2 dengan perubahan ini hendak nya kekal la sampai ke akhir hayat nnti ye :) seperti sham kamikazie yg agk2 tremendously totally change kan! ALLAHUAKBAR...dalam sekelip mata saja kan ALLAH mengurniakan hidayah nya buat Hamba2 NYA......Segala puji bagi ALLAH dan tiada tuhan yg lain melainkan ALLAH.........

hati gembira melihat orang sekeliling tersenyum riang...

tetapi, Takziah Buat Sahabatku Agus Saffuan b.Mohd Aris yg telah kehilangan Abangnya pada hari sabtu 11 Jun 2011....Al-Fatihah...

Moga arwah di tempatkan bersama orang2 yg soleh...Amin...

:: "ALLAH meneguhkan IMAN orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat (QS.Ibrahim : 27)

setiap yang hidup pasti akan mati....semua itu sudah tertulis di Luh Mahfuz....

sabar di atas dugaan NYA......

Official Music Video | Amer Munawer - Seluruh Mahabbah




is currently sangat suka mendengar lagu ini :) muzik ini adalah medium dakwah buat seluruh umat islam :)

kepeningan~~


Menundukkan kepala kerana sudah tiada daya untuk aku menatap satu-satu penipuan yang ada di depan mata... memekakan telingda dari mendengar berita2 yang sumbangsih..berita2 yang berbaur fitnah..Ku sekat deria bau ku utk haruman2 busuk fitnah yg di taburkan.. ku lapangkan dada dan hati...

Memohon agar aku dapat melalui perjalanan yg mencabar ini...Dunia oh dunia..kenapa kah kau sudah tidak aman?? senario dan ragam2 manusia sekarang..bercakap semuanya berlandaskan agama..tapi apa kau pijir tindakan yang kau lakukan itu berlandaskan syariat yang betul?ada kata2 kau melambangkan dgn agama yang kau anuti? ada?ada? lihat dan fikir sendiri..menunding jari pada orang tidak akan mnyelesaikan masalah..melontarkan kata2 fitnah tidak akan membawa kau kemana wahai manusia.. memburukkan sesama insan tidak akan membawa kau ke mana2..

Bosan sudah ku melihatnya........................... tiada apa yang harus di banggakan andai ini rupa sebenar kamu!

p/s - hanyalah omomngan yang lahir dari benak fikiran~~

addicted~

Assalamualaikum..

moga pagi ini di harapkan berjalan dengan lancar segala urusan hendaknya..
currently listening to ANUAR ZAIN songs as usual.. KU BERJANJI KERANA CINTA.. its not just an ordinary love song but its actually lagu yg boleh di anggap berkonsepkan ketuhanan :)

as the title tertulis bertajuk addicted, saya nak berkongsi sikit tentang ke obsesan saya ( tak pasti sama ada ejaan nya yg betul ataupun tidak ) ...

Saya amatlah tidak boleh kawal perasaan saya bila berhadapan dgn baby atau pun anak2 kecil..ya..saya pasti semua org ada minat yg sama bukan..andai kata saya di beri peluang untuk menjaga baby, saya pasti sanggup.. sbb nya ialah selain daripada dapat menguruskan badan dgn mengejar budak2 ini, saya pasti juga dapat mempelajari karenah anak2 ini..

setiap anak ini mempunyai sifat yg berbeza..hadoi! sangat geram kalau baby pipi muka banjir.. especially si kecik fahym! acu sangat geram dgn kamu ok! moga2 besar nanti akan menjadi anak yang soleh..insyaALLAH~~

ada addicted jugak dgn seorang si kecil ni..tapi dia anak buah kawan lah..yang pastinya kawan saya tu tak tahu yang saya sgt suka anak buah dia tu!!! comel and soooo adorable!





:: this cute little girl is FARAH ADELIA ::

sangat comel bukan..and she is preety super cute..even tak pernah jumpa pun, tapi bila dengar acu dia bercerita pasal dia, pergh! i know she is very very very cute! btw, dia tak duduk di malaysia :)

and tak di lupakan juga dengan anak2 sepupu yg lain.. bermacam2 ragam..irfan dengan ultraman, as well as farihin jugak..imran masih tak di ketahui lagi apa dia punya cartoon yg dia suka.. zharyf, afif and Dina long time no see.. semalam baru dtg rumah and they stay kat johor sbb cousin kerja kat sana so bila lepak rumah semalam mcm culture shock! hahahah.. so funny! sbb dah lama tak nampak dorang yang super active! OMG...sangat rindu!! :)

so, ini adalah addicted yg terbaru...and yang pasti baju baby menjadi pilihan apabila keluar jenjalan! tapi tak lah sampai meng shopping baju baby tu...suka tengok jer..

:: Acu Nasha harap yg kamu2 anak2 semua akan menjadi anak yg soleh dan solehah hendaknya.. tak di lupakan juga untuk iman, aishah, anis, annisa', aliah, atiqah, asma', abdullah, irfah, islah.........and banyak lagi.. ::

semua hanya DIA...


assalamualaikum..berblogging seketika di opis...almaklumlah..musim cuti sekolah..jadi ramai staff yg sedang bercuti.. nak di jadikan cerita, di berikan tugas untuk meng fotostat kan flow chart yg ada kan.. jadi, alhamdulillah sekarang sudah settle and dptutnya tadi x settle lagi..anyways, hoping that this day will be smoothly and insyaALLAH will be blessed..

hari2 yang dilalui sgt berbeza..dan setiap hari pengalaman juga diperolehi dgn cara yang berbeza..melihat kepada reaksi rakan2 sekeliling mengharungi hidup mereka, diri ini kadang kala tertanya, adakah orang sekeliling ku melihat aku seperti mana aku melihat mereka?

semuanya masih tanda tanya bagiku...

untuk sekian kalinya, aku berupaya dan masih lagi usaha untuk mencari diri ku dan yg pasti ingin mencari ruang buat diri aku untuk menjadi yang terbaik..aku tidak cantik pada mata dunia, tapi mohon ku kelak agar aku di pandang cantik di akhirat sana..

mohom perlindungan dari MU YA ALLAH.. apa yg aku lakukan dan apa jua bisikkan hati ku, aku mohon agar kau lindungi lah hamba Mu yang lemah ini..

melihat kepada ramai orang yg akan mengerjakan umrah, membuat kan hati aku cemburu dan kadang kala agak sedih..kadang2 aku minta agar diri aku berhijrah ke sana..satu perasaan di mana sukar untuk di gambarkan..entah..........

masih lagi tertanya2......rindu, itu sudah pasti..untuk menebuskan perasaan rindu aku kepadaNya, aku sentiasa membayangkan diri aku terbang menjangkaui awan nano yang ada..atau pun awan kumulunimbus ( entah betul entah tidak ejaannya) :P

kurniakanlah kekuatan yg ada untuk ku mengharungi dan melalui hari2 ku yg penuh dugaan ini..

diri aku tidak sempurna, diri aku tidak lah sebagus org lain, setiap yg di lalui oleh ku ini pasti akan si rasai oleh semua umat manusia bukan..mmg sudah fitrah manusia begitu..ah! mcm2 yg ingin aku bebelkan...tapi tiada pangkal hujungnya........

manusia oh manusia! nasha oh nasha! :) x baik mengeluhkan :) pesanan dari seorang sahabat ku....

tapi yg harus dan yg memastikan tanggungjawab ku sebagai hambaNYA ialah

~~ hidupku, dan matiku hanya lah untuk MU..solat ku yg pastinya dan amalanku hanya lah untuk mu YA ALLAH ~~

Berkurun lama~~


Assalamualaikum..

wah! berkurun tak ber falsafah dan mencoretkan kata2 di sini :)

bukan apa..kadang2 kekangan masa yg membuatkan den tak meng update kan semua blog nih..

macam2 yg telah di lalui...dari segi kerja dan dari segi pergaulan sosial ku..

sejak menjejakkan kaki ber practical ni, dah 2 training course yg aku join..which is sgt2 effective for office work and office environment :)

and the best part is aku menghabiskan masa weekend ku di rumah..dgn di kunjungi si kecil Fahym! sangat suka and sngat rindu!



:: si comel :: geram sangat2!




:: merangkak:: si kecil yg berusaha gigih :: :)

rindu sudah pd si kecik nih!!

haish! mcm2...and si farihin yg semakin lincah bermain dan berkata2..hehe..okeyh! sgt rindu..haha

anyway, hari2 ku di lalui dgn okey saja..handfone ku masih di dalam wad ICU..di mana harus di perbaiki..kerana x boleh nak switch on! heh! hari2 ku tanpa sebarang connection..sangat bosan!

hadoi...sekarang hobi baru aku ialah....

meng view2 blog2 resepi yg sangat menarik! hobi memasak aku bertandang lagi..


apa yg pasti, hidup mati ku untuk Mu YA ALLAH :)

Pagi hari~


Assalamualaikum..Alhamdulillah..bersyukur juga kerana diri ini masih lagi di bangunkan seperti hari2 biasanya ye...

semalam adalah ari g agak meletihkan bg sya..mana tidaknya, mengikut rombongan junior2 ke Pagoh bg Majlis meraikan la kononnya oleh TPMkita dan yg paling penting sekaligus majlis pelancaran Anakpagoh..and kebetulan UIA di jadikan sbg tetamu jmputan di ikuti juga dgn kehadiran dr universiti2 lain juga..


so, bertolak dr uia pd jam 830 pg..dan sampai di pagoh dlm jam 1 tgah hari..dan kami menghabis kan masa kami di muar and mencari makann yg menariks.. malngnya x sedap..huhu..

jam 5 keberangkatan TPM Tan sri muhyiddin yassin..




:: ketibaan TPM di sambut oleh org2 kampung ::






:: huhu ::




:: melaram sekejap sambil menanti kedatangan TPM :) ::





:: keberangkatan pulang..sambil bersalaman dgn junior suksis ::






:: berbaris.on the way nak balik ::




:: Suria petang di pagoh ::


selesai dgn semua ini, kami bertolak pulang ke KL pd jam 7 ptg..dan Alhamdilillah telah sampai ke UIA pd jan 11:30 mlm..

Hidup | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Hidup | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ini karya cikgu saya ;)


PESONANYA TAUBAT

~~ Hidup tidak terlepas,
rembesan tempias maksiat & dosa,
gamitan nafsu jahat menggoda,
mendorong tiap laku manusia,
berlaku onar tak taat,
pada yg maha ESA

terkadang manusia menang,
menewaskan hasutan syaitan,
acap kali manusia kecundang
jauh tersasar rebah kesesatan,
tersungkur di lembah kemaksiatan

Bertaubatlah sebelum terlambat,
ketika hati keruh
dilumpuri kotoran dosa
segala jiwa raga
tertumpu kepada NYA

Bertaubat lah ketika peluang terbuka,
saat diri masih muda dan nyawa masih ada di dada,
roh belum sampai ke halkum,
sesal akan segala dosa,
berazam tidak melakukannya


Pesonanya taubat,
munajat nasuha sesal diangkat,
memikat kesedaran insani,
biar hati bersinar kembali,
menerima peringatan ILLAHI........

~~** AMI MASRA **~~

Hari yg tiada kerja ( versi pagi)

Assalamualaikum..

edisi pagi pada hari ini yer ( xlah pagi sgt pun kan )

Mengejutkan hari ini sya tiada kerja yg harus di laksanakan..tugasan pada hari ini lebih kepada berkomunikasi iaitu menjaga kaunter yer ;)

Alhamdulillah oleh kerana musim cuti semester ni, maka tidak ramailah org yg mengkunjungi office ye..

nak di jadikan cerita, tadi ada la belek2 majalah yg disediakan di depan ruang menunggu tu..ada satu majalah CAHAYA yg di terbitkan oleh JAKIM..

first time jugak baca majalah tu.. bila belek muka surat yg terakhir di majalah tu, ada nampak karya tulisan oleh AMI MASRA.. seingat sya, sya dh lama x membaca karya2 beliau..

AMI MASRA adalah nama pena bagi cikgu bahasa melayu sya masa saya tingkatan 5 dulu..zaman2 amik SPM..huhu..
dan sya adalah salah seorng pelajar nya yg suka mmbantu nya menyalin nota2 komsas di papan hitam..alasannya ialah sbb saya malas nak menyalin nota di dalam buku.. kononnya berangan nak jadi guru la kan..

sambil pegang buku dan tulis dgn kapur putih tu..sgt2 lawak bila teringat balik...sbbnya ialah, kelas sya tu mmg agk havoc which is nama pun aliran sastera kan, sekelas pulak dgn budak2 yg sangat daring..daring sini bermaksud yg suka hati dorang nak buat apa..nak main ke, nak ponteng ke, nak tido ker kan..hehhe.. :P

so, oleh kerana kebosanan, sya ambil inisiatif untuk menyemak di depan kelas dan di samping untuk membantu cikgu amin..nama penuh cikgu ialah cikgu Aminuddin.. jadi dgn menyalin nota di papan hitam, maka sekaligus aku belajar jugak la kan ;P ( alasan yg x leh blah ! sebenarnya mmg malas kan ;P )

jadi, bila time bahasa melayu je sya mengofferkan diri nak tulis kat depan..jadi cikgu amin dgn senang hatinya duduk di meja and mencoretkan hasil kerja nya..dia pun cikgu kelas yg sangat sporting habis!!! haha.. kedatangan dia amik jer..buadak ponteng ke x ponteng ke mesti dia kira hadir jugak! bertuah betul dapat cikgu amin! haha ( waktu zaman dulu la )

so, nnti akan di post pula karya AMI MASRA ;)

secebis kenangan sewaktu sekolah dulu ;) kenangan di sekolah menengah kebangsaan ;)

Berangan lebih~


Assalamualaikum..setelah sekian lamanya tidak bersua ya..

beginilah rutin harian ku..sudak mula menjalani latihan practical ku di UIA gombak.. mengharapkan agar ianya senang2 sahaja..dan berharap aku dpt belajar dgn lebih mendaam lg ye apa2 yg patut aku belajar..

mendoakan agar ia berjalan dengan baik..

nak di jadikan cerita, sekarang ni dah start siaran IMAM MUDA!!! which is sya sgt2 lah suka..mungkin semua org akan ingat rata2 yg suka menonton imam muda ni sbb kan nak tgk imam2 muda tu je..sbnarnya x jugak, kami ingin melihat apa lagi ilmu2 yg di ajar di dalam ilmam muda tu..ilmu itu harus di kongsi..bukan utk sendiri kan ;)

baiklah.. bercerita ttg imam muda ni, haha..kadang2 agak berangan di situ kan..bukan apa, berangan andai kata 1 hari nnti akn di kurniakan seorang suami yg akan menjadi imam di dalam solat ku...huhu..( ayat dram x leh blah! ;P )

sentiasa memohon kan agr di berikan petunjuk kpd dan memohon agar di berikan seorang insan yg mmpu utk membimbing ku ke jalan yg di redhai nya..

** p/s: tp, mungkin ini bukan masa yg sesuai untuk aku mengangankan kehadiran si dia, kerana, harus membetulkan dan mencari diri sendiri dulu..

banyak yg harus aku pelajari dan hal ini bukan boleh di buat main2..

kadang2 terfikir, mampukah aku untuk menjadi seperti yg dia inginkan??

Menyulusuri perjalanan~~


Assalamualaikum...

Selamat pagi.. Alhamdulillah beersyukur ke hadrat Illahi kerana dgn ke izinan Nya dapatlah sya mencelikkan mata utk hari ini pula ;)

Baiklah, slps subuh tadi, dalam jam 6.30 pagi saya ikut ummi ke opis sbb nya nak naik tren stesen masjid jamek terus ke Gombak.

biasalah, bila dalam kreta tu, mata melilau dan asyik melihat keindahan dan kesejukan dan kenyamanan udara di waktu pagi..dah la baru lepas hujan lebat plak tu kan..huh

then, tetiba mata terpana pada sebuah motosikal which is si ayah membonceng motosikal nya menghantar anak2 ke sekolah..mmg fenomena biasa kan..apa yg x biasanya ialah bagi pandangan mata ku ini ialah, ku ingatkan si ayah membonceng si anak sorang je..aleh2 aku tgk, 3 orang anak sekaligus atas motor!!!

pergh! and the worst part is, si ayah dan si anak yang duduk belakang sekali je pkai helmet..hello, jalan licin pak cik, kalau jadi apa2, x ke naya...huhu..kesian2..tp, safety is needed..even membonceng 3 org sekaligus pun, pkai helmet lebih secure kan...

then, next scenario, sampai depan trafic light bangsar..nothing much, cuma nampak budak2 sekolah pakai uniform berlari kejar tren.. haish..zaman berubah dgn pesat nya! dulu, zaman2 aku ni g sekolah naik bus sekolah ( geng bas sekolah ;P ) sekarang ni, LRT tu lah bas sekolah dorang..hebat2... in 10 years time, entah2 bas sekolah pun susah nak jumpa.. kalau ada pun, maybe dah lain rupa..mungkin warna lain plak ke kan ;P

biasalah.....zaman berubah dgn pantas..seiring dgn usia kita yg semakin meningkat dan menjadikan kita lebih matang dalam melalui kehidupan seharian..

banyak yg harus di tinggalkan dan banyak yg harus di ubah.. apa yg di cita2 kan pun kadang2 susah untuk di capai..

dunia oh dunia... tapi haruslah di ingat!!

** Dunia ini hanya lah pinjaman ALLAH kepada hamba2 Nya.. sekelip mata saja ALLAH boleh mengambil pinjaman ini kepada kita **

huhu....renung2 kan dan selamat beramal ;)

Semoga kita diberikan segala kekuatan untuk sentiasa sujud syukur kepada NYA di atas segala yg telah di berikan oleh Dia kepada kita....

Yeah!


Assalamualaikum semua ;)

hope ceria2 selalu hendaknya..selesai sudah solat zohor, maka menatap lah aku di hadapan lappy ku yg comel nih ;P ( comel ke?? )

anyway, semalam sempat jugak lah membuat brownies chunky chuk.. haha..melepaskan kempunan ku..



:: nampak sedap kan?? tapi mmg sedap pun ::




:: tremendously "nampak" sedap ::

haha....ok..then, semalam tangan ni gatal lah kan meng "google diamonds ring...konon nak cari engagement ring lah kan...hahha

sungguh berangan aku nih...tapi seriously, which i could wear those epensive ring..serious x tipu..kalau dpt pakai sekali untuk amik gambar pun jd lah..nak tgk diamonds ring tu????




:: santek kan? harga pun sgt santek tau..hahha ::




:: this one pun nice..dari jauh pun dh bole nampak gedabak batu nya kan..haha..nice2 ::



:: this one is called cognac diamond..pheuw...extraordinary cantik ::


ini kirenya pilihan top 3 lah kan..tp, seriously banyak lagiyg canttttttttttttiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkk sgt!! hahha..luckly its just a photo..so its a dream ring lah konon kan..haha

mengira brapa bnyak duit gaji yg perlu di simpan utk mmbeli sebentuk cincin...hahha

Just wanna share ..


Just wanna share with u guys some of the stories yg ade di iluvislam.com..

this story a lil bit menyentuh perasaan dan mmbuat kan tautan hati ku kepada kekasih ALLAH yg sangat di rindui..

SUBHANALLAH..do read it please! bergenang air mata..dan rindu ku pada Raudhah kembali lagi ;(

pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW. mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun, Rasulullah SAW. menyuapkan makanan kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.. Rasulullah SAW. melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW., tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW. yakni Abu Bakar RA. berkunjung ke rumah anaknya, Aisyah RA. yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW. dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"


Aisyah RA. menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah Itu?" tanya Abu Bakar RA..

"Setiap pagi Rasulullah SAW. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah RA..

Keesokan harinya Abu Bakar RA. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA. mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA. menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA. tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA., dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA. saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi Muslim.




:: Rindu!! ::

Bersua untuk sekian kalinya..

Assalamualaikum..

Akhirnya, sudah siap semuanya..Alhamdulillah...mengaarapkan pertolongan dari yang pakar..

baiklah, meneruskan percutian ku di rumah sehingga lah aku dipanggil semula untuk menjalani latihan Practical ku..

agak lama juga tiada karutan aku di sini..bukan apa.. kadang2 macam malas je kan...

baiklah, banyak kejadian yg berlaku..haruslah kan, perkara yg terjadi atas kita itu ada lah sesungguhnya kehendak yang Maha Esa ke atas setiap hambaNya ...

dan kita haruslah menerima semuanya sebagai salah satu ujian buat kita..

apa yg terjadi adalah pasti akan ada hikmahnya..

so, lately ni, aku sgt2 lah suka menagkap gambar2 awan..x tau kenapa..tapi the view is so tempting gilaaaa!!! will share with u guys..tgk tau!






:: mcm ada bentuk hati kan :: ( mcm lah kan ;P)









:: this is the view yg di ambil dari selekoh mahallah saya ;) ::



so, this is the view yg saya gemari ;) ada bnyak tp semua x di masukkan ke dlm lappy lagi..

will update later ya dude !