Tengah menunggu Baba~~


Jam menunjukkan jam 2:48 petang..baru sajamelabuhkan tirai utk paper Modern History of Europe..yeah! ehem2..Alhamdulillah~~ :)

hidung selsema..aiyark :( macam tak gemar je keadaan macam ni :( huhu...ummi tepon and ready utk masak di rumah...( makan sedap hari ni :P ) ngee~~


aiyark lama subgguh ku menunggu..btw, tgh meng on9 kn diri di tepi tingkap bilik ku..

konon2 line clear lah kan..cuaca ala2 mendung..pagi td dah ujan..so, maka ptg ni pun mcm nak ujan..

hurm...xtau apa nk cakap dah...hehe...

nntikan pengunguman yang akn datg berkenaan SILENT DRILL~~



:: KEBANGGAAN KAMI ::

Final Dtg lagi..


Salam..buar sahabat2..teman2..

finals exam bertandang lagi utk kali ini pada semester ini...bagi aku, semester pertama, tahun ke tiga,,ouh, sudah tua aku rupanya.. ( ayat yg memang aku jarang sangt suka cakap) sejujurnya tak suka menanggap diri aku tua..hehhe

baiklah...peperiksaan akhir aku akan bermula pada 30 hb ni dan akan berakhir pada 15hb.

mmg hari last lah kalau hendak kata kan..tp, apa boleh buat.. kemudian cuti raya!!!!

raya apa...raya Haji..mari kita lihat lembu2, dan kambing2 dan seangkatan dengannya di korbankan :)

kemudian, aku akan menghadiri kem ibadah..kem yang wajib kami pergi kerana dalam silibus kan..jadi, haruslah merajinkan diri :)
( bila lagi nak beribadah ramai2 kan :P )
Alhamdulillah~~

dan pada tahun ini,raya di mana masih x di ketahui lagi...mendoakan agar kami sekeluarga akn berkesempatan utk beraya haji bersama...

sebab sblum ni ummi sibuk dgn ibadah korban di ofis beliau..maka, hope tahun ini, umi di kecualikan utk menyertai ibadah korban di ofisnya...

** org lain nak makn daging masa raya haji, tp agak2 boleh tak nak request ketupat dgn rendang ayam?? nasi impit and kuah kacang??biasalah..x sempat merasa kan hari tu..hehehhe ** hope dapat la balik kampung ye baba..ngee~~

baiklah....memohon kesempatan ingin ucap SELAMAT MAJU JAYA BUAT SAHABAT2 SEKALIAN!!!!!!!!!!!!

AND SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)

Antara dua kasih..


Currently is listening to MESTICA..KERANA CINTA...

some of the lyrics yang kadang kala menyentap akal dan fikiran...x kurang juga naluri dan hati...
sebagai manusia biasa, hati ni kadang2 jahat dan kadang2 cuba utk menjadi baik...
tp, kadang2 tergoda juga dgn pujukan syaitan....
mungkin sesetengah org akan kata poyo or what so eva...

tp secara jujurnya, disini aku ingin menceritakan apa yang aku rasa sekarang setelah menjalani ibadah umrah..
mungkin sesetengah org beranggapan, baru je umrah, bukannya haji lagi..x payah ah nak berlagak ke, poyo ke..biasalah..mulut org kan..hati manusia tak semuanya sama..

sudah hampir sebulan setelah aku pulang dari Tanah Suci Mekkah dan dari saat itulah, aku berangapan bahawa aku adalah insan yg paling bertuah saat ini...

memang apa yang berlaku di sana adalah sesuatu keajaiban..melihat sendiri dgn situasi yg sebelum ini hanya di gambarkan oleh org lain..

Disana, aku dapat merasai betapa khusyuknya solat ku...betapa aku menyerahkan diri aku 100% jepada yang Maha Esa..bagi aku, itu adalah satu saat di mana aku tak akan lupakan sampai bila2..

sujud syukur ku di atas lantai Masjidil Haram...menghadap Qiblat seluruh umat Islam...linangan air mata tak terhenti saat kaki di jejakkan di pintu Masjid..mata terpegun, lidah kelu, mata terpana dengan keindahan dan kebesaranNya YA-Allah..
sujud syukur ku saat tiba dan sujud ku supaya diterima oleh Nya..mulut tak terhenti2 memuji keagungan dan kebesarannya..

Saat mendekati Ka'bah, hati berdebar kerana sesungguhnya aku sudah menemui cinta sejati yang pasti tak akn hilang dari aku untuk selama-lamanya...saat tawaf dan kaki hampir mendekati ka'bah, Dgn doa supaya urusan kami semua dipermudahkan, maka kami semua berkesempatan utk berada betul2 dekat dgn sisi ka'bah, maka tgn dihulurkan dan menyentuh ka'abah...ALLAHUAKHBAR..ALLAHUAKHBAR..ALLAHUAKHBAR..berguguran air mata memanjat doa kesyukuran....

sungguh tidak ku sangka, hati aku luluh dan sayu apabila mengenangkan bagaimana Rasulullah dan sahabat2 yan lain melalui cara yg sama dlm mngerjakan ibadat...menyempurnakan umrah pun sudah selesai..dan aktiviti yang paling aku suka adalah dgn waktu solat sbb saat ini pertama kali dlm hidup ku, menyempurnakan solat fardhu 5 waktu sepenuhnya secara berjemaah di masjidilharam tanpa gagal...

apabila melalui Hajarulaswad dan smkin hampir dgn Multazam, doa di pohon dan mengharapkan agar ia di makbulkan...ALLAHUAKHBAR...

sesungguhnya dan secara jujurnya, sehingga saat ini, aku masih lagi merindukan setiap detik yang di lalaui disana..sungguh besar Anugerah Mu Ya ALLAH~~

aku berharap aku akan dijemput lg sebagai tetamuNya..sungguh aku mahu..sungguh aku rindu..dan sesungguhnya inilah yang di namakan CINTA ABADI...






Aku rindu semuaNya..

~~ KASIH ILLAHI TIADA BERSEMPADAN..

TAK MEMILIH SIAPA HINGGA KE AKHIR..

KEKAL SELAMANYA~~

Alhamdulillah..


Bersyukur ke hadrat Illahi,akhirnya pasukan SILENT DRILL kami telah selamat dan telah pun selesai menjalani hari2 yang kami tunggu selama ini...

sokongan dari pihak jurulatih sendiri dan juga dari para2 senior yang x putus asa terhadap usaha kami...

hampir saban bulan mengkorbankan diri dan masa dan menyerahkan akal dan fikiran sebulat bulatnya...

ada di antara rakan2 yang mempunyai masalah dgn GF n BF masing2..adoiyai...harus membahagikan masa untuk cita2..itulah lumrah kehidupan..ingin mengejar sesuatu, haruslah kita berkorban untuk memilikinya...bila sampai masa nnt, kita akan lihat sendiri hasilnya...

Jumaat mlm yang di lalui dengan perasaan yang tidak tentu, cemas entah ke mana..perasaan yang bercampur baur..

walaupun hampir 2 hari kami melakukan rehearsal di dewan yg sama,tp perasaan gementar tidak juga dapat di elak...

memikirkan andai diri ini akan melakukan kesilapan atau takut memalukan rakan2 seangkatan..

detik yang telah di nanti...8 mlm, kami menjejakkan kaki ke dlm dewan..arahan " FOWARD MARCH" di laungkan...

kaki kiri di pacakkan, seiring dengan alunan band PDRM mengiringi kami masuk kedalam dewan..




SILENT DRILL TEAM...


biar x ramai yang hadir,tp, alhamdulillah..dn doa yg telah di aminkan..kami berjaya mengawal perasaan gugup kami...

di tonton oleh rata2 org yang di sayangi, maka semangat utk melakukan yang terbaik itulah yang disimpan di dalam hati...mendoakan agar di berikan kemudahan kepada kami semua dlm menjalani perjalanan pd mlm itu..





Formation yg diberikan tepukan :)



akhirnya, perjalanan pada malam itu, di sambut dengan tepukan gemuruh...waktu di serahkan watikal pelantikan dari KP Selangor, dan diiringi oleh lagu bahtera merdeka yg di mainkan oleh band PDRM, hati sebak dan sayu...

buat pertama kali nya, diri ini rasa telah menyumbangkan sesuatu kepada universiti dan juga SUKSIS...alhamdulillah dan syukur~~

saat keluar dari dewan, sorakkan yang di berikan oleh jurulatih dan kawan2 yang membuatkan kami lega x terhingga!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sangat sangat lega!!!!!!!




Ketua Polis Selangor dan Rektor

maka dengan rasminya kami dilantik sebagai BLUES AND THE ROYAL TEAM!!!!

Rindu..





SILENT DRILL TEAM


Lama tidak mencoretkan kata2 di sini..mem busy kan diri dgn latihan yang ada..sehingga kadang2 lupa akan tanggung jawab yang asal..tp, kerana minat harus di lakukan jua...

menjelang 15 Oktober ini, satu majlis watikah pelantikan akan diadakan di IIUM ini..watikah pelantikan bagi pasukan kawad senyap yang pertama di IPTA di seluruh Malaysia...

latihan yang konsisten akhirnya membuahkan hasil..walaupun banyak rintangan dan pahit jerih yang di hadapi oleh kami semua, kami harapkan agar ianya membuahkan hasil..

ikatan silaturahim diantara rakan sepasukan amatlah seronok..saling bantu2 membantu dan tidak mementingkan diri sendiri..

di dalam pasukan inilah kami belajar utk menjadi lebih sabar dan hormat di antara satu sama lain..selain itu, kerja kuat diantara menggunakan fizikal dan juga harus cekap dalam pemikiran..

tarikh2 keramat yang sebelum ini di takuti oleh kami, alhamdulillah telah kami berjaya harungi...oktober ini menjadikan kami lebih sibuk..dan juga kami harus fokus dengan keadaannya...

doakan kejayaan kita bersama dan semoga usaha kita ini membuahkan hasil dan sama2 menaik kan martabat pasukan SUKSIS UIAM ..



GOOD LUCK n LOVE U GUYS!