Seketika itu!


Assalamualaikum!

Take times to jot down few words here~ eceh! omputih plak kita ya..

Location : BellaVista Waterfront, Langkawi.

Lokasi ku bermastautin sudah berubah bermulanya bulan September hari tu.
Tak pernah ku membayangkan akan bermula bertugas di Pulau yg sememangnya asing buat ku seorang di sini.

Bercerita tentang kehidupan ku disini amat lah pelik pada mulanya.

Memulakan tugas ku dlm bidang perhotelan agak sesuatu yang sangaaaattt jauh dari bidang aku belajar dan semestinya ahli keluarga aku tak pernah melibatkan diri dalam bidang ini.

Melanjutkan pelajaran ku dalam bidang Sains politik suatu ketika dulu sangat berbeza dgn alam pekerjaan aku iaitu Sales Department of BellaVista Waterfront.
Nasib Baik more to paper work tapi ada juga selit selit number nyaa.

Orang tua-tua pernah pesan, jangan terlalu benci sgt akan suatu perkara, nanti kita sendiri yg akan hadap benda yang kita tak suka tu. Sekali hameek kau! memang kena main dengan figure numbers and formula!!! ~durh~

Mulai dari saat itu, tidak pernah dan akan cuba untuk mengelakkan dari membenci akan sesuatu perkara @ apa2 saja.
 
Ok. nampak gayanya akan sambung semula coretanku akandatang. Dek kerana mau mengerjakan sesuatu yang lebih penting!

*NotaKaki: Setiap aturan hidup manusia itu berbeza-beza. Thank you Allah :) Ajari aku utk bersyukur*


 

I love u more cikgu ~ Arezz~


Assalamualaikum. 
Ages have not been updated any post due to some stuffs and yes, being a teacher as it is.
Tapi it seems over right now.
yes and im very sure that im not coming back to them..
sebelum ni sebab dah tau akan kembali mengajar anak-anaki ni, but now, its seem memang tak akan dapt kembali dah.
Dan untuk kali ini ada rasa sebak sedikit and rasanya bukan sedikit tapi memang berbaldi2 mencurah-curah lah mengalahkan air hujan~ serius gua tak tipu.

tatkala ku merepek dan mencoretkan post ini, hujan turun dengan lebatnya di bumi Subang Jaya *Alhamdulillah* and di iringi lagu "Cinta sesungguhnya" by Sabhi Sadhi
so, faham2 kan lah keadaan sebak ini macam mana. tapi akan ku terus menulis dek kerana ingin sejujurnya dan berkongsi segala suka dan suka atas apa yg berlaku pd hamba yg hina ini selama 3 bulan berada di sekolah ini. 

Awal tahun, dapat peluang menjadi Cikgu ganti *KGSK' mengantikan seorang guru yg bersalin and masih lagi di PPKI*Pendidikan khas*

Aku masih lagi bertemu dengan murid-murid yg lama and juga murid yang baru and yes, he always make my day. And he is the major reason yg membuatkan aku sedikit susah utk berpisah..

Wan mohd Arezz~

Since dia masuk sekolah, i've tried so hard utk menangi hati dia. Arezz sangat cerewet, dia tak makan "School food", and dia tak suka share makanan and dia tak suka benda2 yg kotor and for ur information, he never ever went to school toilet and the reason is that sebab dirty. i don't mind that sebab its simtom2 yg org perfectionist ada.
And murid umur 7 tahun and sometimes u expect dia tak boleh baca , mewarna @ pengurusan diri sebab special kids kan , but he can and he amazed me in so many things. 
oh yes, he speaks English je dlm class, if minta reply bahasa melayu dia refuse~ 
makanya dengan paksa rela chek pun terpaksa lah cakap bahasa inggeris~ terbelit-belit jugak lah kan~

So, to make its short, on my last day haritu, masa cikgu-cikgu tengah buat persediaan utk majlis farewell chek, arezz datang and tanya:

Arezz : Cikgu nasha, where are u going?

Me : Why arezz? 

Arezz: why they preparing all this thing ? is it ur birthday?

Me: its not my birthday. *serius tahan sebak*

Arezz: where are u going?
 where are u going cikgu nasha?

me: im going to further my study arezz. *jwapan bg dia phm*

Arezz: in Malaysia @ oversea?
*nampak x genius dia??*

me: malaysia je arezz.

Arezz: so u can come and see me laa cikgu nasha..

me: terdiam and kelu................

so, masa nak bagi speech farewell pun memang rasa mcm tak boleh blah even sangat menahan seksa tak nak bagi air mata tu keluar tapi apa kan daya, aku seorang insan yg cengeng dan sangat lemah dalam hal2 ni, makanya ter tumpah jua air mata ku di pipi~


Sejujurnya memang sukar di tukar ganti pengalaman ku berada di sekolah ini. yes, sekolah rendah ku tapi aku bukan berada di aliran perdana *normal*, aku berada di satu dunia yg berbeza dari masa aku belajar dulu.
Aku memang tak pernah menyangka yg aku mempunyai kekuatan utk berhadapan dengan anak-anak ini. tak pernah aku duga yang aku akan diberikan keberanian untuk anak-anak istimewa ini. 

*Kaulah cinta sesungguhnya*

Setiap perjalanan seorang hamba itu sudah tertulis begitu..
 Dipertemukan dengan kakak2 yg best, abang2 yg awesome dalam erti kata rakan sekerja, abang instructor renang yg hot, pengalaman mencanting batik, belajar masak-masak, upgrading keyakinan diri, diberi peluang untuk menjadi lebih dewasa dalam membuat keputusan.
dan my environment its always positif. walaupun kadang-kadang akan ada isu-isu yg berbangkit, tp kakak-kakak will always guide me in the right way.



im just feel so happy yg jalan perjalanan ku ini di aturkan semakin lama semakin baik and ada juga diberikan kekuatan buat aku supaya sentiasa belajar dari kesilapan yg lalu. pengalaman yg lepas sesungguhnya mendewasakan aku..

Smile selagi boleh smile..syukur Alhamdulillah. Thank u Arezz..

Million thanks to You who always melayan perangai arezz. And tak tau kenapa and why suddenly he seems berminat sgt dengan You.. sangat terkejut but thank you so much. and because of you, arezz and me become so close sampai at the end of the day he still ask about You.. Thank you so much Mr.F.


*Dedicated to Uncle katanya*

*This face is after he ask if when im gone what gonna happen to..."

me: Arezz, will u miss me?

Arezz: yes cikgu nasha, i'll miss u.

me: Arezz, I love you.

Arezz: I love u more cikgu nasha....

*Luluh hati bila arezz merajuk and i don't want to see ur face because u gonna leave me T_T *

End..11 April 2014..
Syukran yaAllah for this meaningful moment~


:: My KIDS ::


Bismillahirahmanirahim~

Yes, I'm proud to say that i have my own kids~ 
tolong jangan gabra..
My Kids is always be my special kids..
Heartmelt and tears drop bila ingat kat diorang ni..

Mereka semua ni is my students masa jadi guru ganti di SK SS 19 Subang jaya 
*sekolah belakang rumah* 
The best part is being a special kids teacher is that memang sangat best and banyak cabaran dan dugaaaaannnnn~
Yes, tak tipu.. but, its my eye opener sebenarnya.
tak pernah terfikir and tak pernah termimpi pun akan mengajar *walaupunskjap*
anak-anak ini..

And they always be the best for me. walaupun sorang dua yg memang menguji kesabaran tapi, kita kena faham yg diorang bukannya buat-buat utk perangai mcm tu tapi because its nature yg macam tu.
so, my special kids terdiri dari ADHD disease, Sindrom down, and autism and slow learner or keciciran.

ADHD : 
Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) is a common condition that affects children and adolescents and can continue into adulthood for some. *copypasta*

Ok, nampak tak "hyperactive" tu? haa. ini category hyperactive students yg kes nya sangat sangat hyper and yg suka main kejar-kejar dengan cikgu. tak kira masa and tak kira tempat. nasiblah pakai baju kurung ke, kasut tinggi ke memang nak tak nak memang ko kena kejar, kalau tidak, Habisss... tak di tepi padang, di tepi longkang or kat tempat mana-mana je budak-budak ni pergi..
ok, next is 

SINDROM DOWN:

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. *copypasta*

Yang kes ni mcm biasalah and one of my favorite students, Natasha :) 
kanak-kanak ni has its own specialty. and diorang ni sangat sangat sensitif. Pernah sekali tasha duduk depan pintu kelas sblum cikgu nasha (Its me) masuk class, and bila cikgu masuk, Tasha nangis and nangis and bila cikgu tanya kenapa, dia terus datang and peluk cikgu and say " I want daddy" " I want popoo" popoo tu kiss pipi.
Yang zainal pulak, suka main "chak chak" and suka berlagak gengster. Otai budak ni. pantang suh g bantai org, laju je tangannya. *bahaya*
Oh my! kalau bercerita psl diorang ni memang tak pernah habis! *rindu sgt*

AUSTISM:

Autism spectrum disorder (ASD) and autism are both general terms for a group of complex disorders of brain development. These disorders are characterized, in varying degrees, by difficulties in social interaction, verbal and nonverbal communication and repetitive *copypasta*  
 *copypasta*

Iman yg sangat suka angry bird and she loves to play bowling. tapi angry bird memang faveret nya. waseem pulak suka makan. tapi this year waseem dah masuk sekolah menengah. tapi suka "gaduh" dengan dia waktu makan~ haha..what a memories dengan diorang ni..
 oh my. sejak jadi guru ganti tu, banyak pengalaman yg kukutip dari cikgu-cikgu yg berpengalaman kat sini selain dengan PPM (Pembantu pengurusan murid) tanpa diorang bengkok lah aku dan cikgu-cikgu yg lain..serious, wa salute PPM seMalaysia. 
Makan, Minum, urusan toilet *faham2 sendiri* and semualah..
Tanpa kata2 semangat diorang, takkan bertahan aku dengan anak-anak ini sehinggalah sekarang.. i miss them so much.

Pagi-pagi pergi joging, lalu belakang sekolah sambil dengar suara cikgu-cikgu ku menjerit panggil nama sorang-sorang. I miss it a lot..

Bukan itu saja, the best part is i get to learn Swimming!!!! 
yeah. Btw, anak-anak ini jangan di cabar swimming, diorang hebat hebat belaka *Thumbs Up*
diorang akan ikuti terapy bowling and swimming setiap minggu and masa tu lah boleh nampak skill diorang..

Biar gambar berbicara ya.
Natasha, farhana, Thiru *yg tutup buku*,zainal, me and kamal  
 *setiap kali pulang hantar anak2 ni depan gate sekolah*

Ini terapi renang di pusat akuatik shah alam. *mind you, ini kolam yg dewasa yg dlm 10 kaki*
so this is one of the terapi la kan~

During hari perkhemahan PPKI.

Adorable tasha and fazrin and gorgeous kak rina and cikgu malik *one and only men dlm ppki*

 
Class activities :)

 
With Puan pengetua, penolong kanan and the kids!
Tanpa mereka di sisi saya, siapa lah saya. Thank you cikgu2, kakak2 sekalian! you are the best!!

The best sporting ever.. Thank youuuuu!!


*In Shaa Allah akan kembali bertugas di PPKI soon. Doakan temuduga saya esok berjalan dengan lancar* :) I love you guys to the max..


I LOVE YOU GUYS LILLAHI TAALA..


Syukran ya Allah kerana membuka pintu hati ini and tanpa pengalaman ini mungkin aku tidak akan pernah mengerti kepayahan dan kesusahan mereka yg lain..
Sujud syukur yang tak terhingga. 
Sebuah perjalanan yg di lalui penuh rahsia.
Permudahkanlah urusan HambaMu ini..
In shaa Allah Cikgu nasha is back!

:: DUNIA ::


Bismillah~ 
Bermalasan di sudut pena ini..
Meneliti dan menyulusuri setiap bait-bait kata-kata, omongan-omongan manusia yg pelbagai ragam dan cara..

Each of us ada opinion masing-masing. Antara hal dunia dan juga Ukhrawi..
dan terdetik. Dunia mana yg kita mahukan?
dunia apakah yg kita akan kekal?
selama mana mungkin akan kita tinggal dan hidup di sini sebelum kembali kepada Maha Pencipta?

Sudah cukupkah segala-galanya? sudah bersedia kah kita?
Banyak sudah kah amalan-amalan yg kita lakukan?
Mampukah kita utk berdepan dengan pelbagai segala macam keadaan?
Manusia tidak pernah lari daripada kesilapan dan juga manusia sentiasa akan sedar kesilapan yg di lakukan..
terpulang pada diri sendiri utk melihat sejauh manakah diri kita terhadap diri sendiri dan juga org lain..

Umur sudah meningkat, tapi achievement utk diri sendiri pun tak ada lagi, apatah lagi utk pleased org lain~ Dan kita tidak akan pernah rasa puas utk mengumpul dan cuba utk 'mempulun' kan diri dgn nikmat dunia.

kadang-kadang sampai bila kita nak rasa mcm ni. Sampai bila kita nak rasa satisfaction? sampai bila? only us have its own answer..
Dunia ini adalah medan ujian. Ujian bagi hamba-hamba Allah..
Ujian bg org-org yg merintih dan org yg ingin mencari dan mendapat keredhaan Allah..

Sungguh, aku bukanlah novelis mahu pun seorang puitis apatah lagi seorang karyawan yg tinggi dan hebat bahasanya.
Tapi aku rasa kepuasan apabila aku cuba untuk bermonolog di ruang ini..
seolah-olah aku muhasabah dan bercakap dgn diri sendiri. Dan seolah-olah aku merepek utk diri sendiri..

Sungguh manusia itu tidak pernah puas dan tak akan pernah dapat kepuasan utk diri sendiri dan org lain atas apa yg kita lakukan..
Nikmat yg kadang-kadang kita sambil lewa dan nothing to be bothered..
that's life now i guess..
Diam tidak bermakna kita "bodoh" tapi diam itu membuat kita berfikir dan buat kita analisis.

Pernah kebetulan sembang dgn seorang pakcik ni di walimah seorang sahabat dan bebicara tentang politik *malas nak layan*
dan dia borak dgn seorang lagi sahabat ni and i get my self shut and just listening to their conversation.
And i pretend not to listen kan sebab kebetulan pakcik itu "bendera merah putih and darah biru " mengalir dalam badan nya * u know what i mean*
so ambil keputusan utk makan secara perlahan-lahan and dia tau kami students UIA so, dia memulakan "tazkirah" nya.

Mukadimah, bla bla bla and bla.*totally can't rmember exact words yg dia ckp* so, dia pun tanya lah sahabat sorang ni and sahabat ni pun berhujah lah dgn pak cik tu so, pakcik tu need my respons. so, i was like *err, pakcik ni tak nampak ke org tgh mkn kan*-dlm hati..
And i tend not to response to him and buat2 tak dgr kan~ sbb malas nak layan.
Then pakcik tu teruskan borak dgn shbt sorg ni and end up he said to me 
" Diam-diam berisi ni. dia diam bukan sbb tak nak ckp, tapi banyak benda nak di kaitkan. Banyak benda nak cakap cuma masa tak mengizinkan".
And i was like Damn~ *dlm hati*

So, to say that seseorang itu diam bukan bermakna dia tak da benda nak cakap tapi sebab seorang itu perlu fikir secara logika or dah mmg perangainya memerlukan ruang utk menyampaikan sesuatu dgn cara yg sesuai.
Yelah, salah cakap or salah explanation akan bawa kpd salah faham pulak~
just a random tought~

Back to reality, Dunia mana yg kita mahu kejarkan?
Both? duniawi and ukhrawi?
How do we present it?
Mcm mana cara kita utk mem 'balance' kan this two?
as for me, i'm soooo need to learn more.
Hidup dan perjalanan ku masih panjang 
*andai maut ku belum sampai waktunya* 
Each and every step kita sama-sama mohon yg redha Allah sentiasa ada bersama kita.
This world now a days sgt sgt kesusahan dan kepayahan..
Apabila semua mahu di fatwakan dan apabila semua mahu di berikan "hukum"
sedangkan benda yg jelas terang dan nyata yg di tuntut dari segi syariatnya tidak di ambil peduli~

Dunia akhir zaman..
Apabila manusia semakin alpa, termasuklah diriku yg hina ini..
Kita adalah Pendosa, pendosa yg mencari kembali jalan-jalan yg lurus..
Kita pernah lakukan kesilapan, dan kerana itulah yg buat kita bangkit dan lebih kuat..
Kuat dan berusaha menjadi yg terbaik untuk diri sendiri dan orang lain~
Each and everyday we are struggling to be better ~

:: Andai aku tahu ::


Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad..
Selawat dan salam keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW yg dirindui dan dikasihi sekalian umat di muka bumi ini~

Hadirnya detik ini dan saat ini, membuat aku sungguh rindu kepada sang kekasih hati Allah..
merindui kehadiran ku di bumi anbiya, menerbangkan segala khayalan ku di Masjid Nabawi, berada di taman syurga Raudhah..
Teringat seusai peristiwa ku di kejutkan dengan insiden di Jabal Rahmah..
Seusai pengembaraan ku di Kota Mekkah, ku menyulusuri perjalanan ku ke Kota Madinah..
Diri ku serahkan sepenuhnya kepadaNya..
menjejakkan kaki ku di Masjid Nabawi, seolah2 aku telah melepaskan rindu ku buat kekasih hatiNya. Air mata bercucuran seketika bila kaki di jejakkan di dalam masjid.
sujud syukur ku kerana masih lagi diberi peluang utk menzahirkan dan meluahkan rasa rinduku buat Mu Rasulullah..
Tatkala itu, segala2Nya yg ku pendam, ku lontarkan kepada sang kekasih hati..
segala2Nya ku luahkan rasa cintaku buat nya..
Luhur dan sejujurnya itulah indah melahirkan rasa cinta dan kasih buat sang kekasih pencipta yg abadi..
Tiada apa yg mampu aku sorokkan dan tiada apa yg dapat aku elak dari berterus terang padaNya..
seolah-olah aku berkongsi segala peristiwa yg berlaku atas diriku..

Dan kini, aku rasakan yg amat hina kerana seolah2 merasakan sudah jauh dariNya.
Betapa mudahnya manusia di uji sedekemian rupa.
sungguh, Akulah pendosa itu..

Aku rindukan aku yg dulu.. aku rindukan aku yg memendam rasa.
aku rindukan diriku yg bersikap berdiam diri dan seolah-olah tiada siapa yg memahami aku..
aku rindukan diri ku yg tiada seorang pun yg akan lebih mengetahui apa yg aku rasa.
kerana aku rindukan insan yg mengenali aku iaitu dia.
kau tahu siapa kau.
Kau kan temui bahagia, walaupun aku tidak bersama
jgn kau gusar aku akan selalu ada 
dari jauh kau masih ku cinta..
Yg mengenal mu cuma aku, tidak ku menyesal mencintaimu
dan ku harapkan kau juga mendoakan ku..
*Sesungguhnya aku mohon agar kita dipertemukan pada masa yg tepat*

~Hadirkan aku dlm setiap bait doanya, hadirkan aku dlm Istikharahnya~
hadirkan aku sbg pelengkap dlm hidupnya.


 Siapa dia? dia hanyalah insan yg akan dianugerahkan oleh Allah buat hambaNya.
Sesungguhnya ceritera ini hanyalah anugerah dari Dia.
Sungguh aku rindu untuk bersama denganNya..
Kerana tiada siapa yg dpt menghalang perasaan Cinta dan Kasih sayang seorang hamba dengan sang pencipta dan sang Kekasih hatiNya..

Bahagiaku KeredhaanMu | Azhar Hilmi (Cover Bahagiamu Deritaku by Hafiz)




Worth of sharing right~ Semakin jauh semakin derita..~ Akulah pendosa itu..

:: Suram ::


Petang hari..
Mengelamun entah sampai ke dunia mana..
Meniti perjalanan hidup seorang hamba yg hina di sisinya..
Seorang pendosa yg mengharapkan pengampunan dari yg Maha esa..
Luluh hati, Hancur hati memikirkan ceritera hidup yg entah bila kan berakhir..
Memikirkan sampai bila harus aku kuat mengharungi hari-hariku..

Di setiap langkah, di setiap nafasku, hanya Mu Ya Rabb..
meniti hari usang ku, memohon ampun, sujud ku hanya padaMu..
Masih lagi mencari secebis harapan, mencari sinar kebahagian dariMu ya Rabb..
Andai ada ruang pengampunan buat hambaMu yg hina..
Andai ada ruang itu buat ku yg hina, ku mohon padamu..
hadirkanlah ia buat hambaMu..

Penyesalan ku sehingga ke akhir hayat ku.
Andai dapat aku titip coretan ku ini buatmu..andai ku dapat bisikan segalanya padaMu ya rabb.
Sesungguhnya, apa yg jelas adalah rahsiaMu..
apa yg tersirat adalah dalam pengetahuanMu..
Tiada mampu ku menahan, tiada mampu ku sembunyikan lagi..
setiap gugurnya air halus di pipi, ku ikhlaskan buat mu YaRabb..
Hidupku tiada punya apa-apa..tiada tempat bergantung,
Hanyalah padaMu..
Hadirkanlah aku dlm setiap bait doaNya..Hadirkanlah aku sedaya mampu dalam hidupnya~

Walau ku tahu, dunia ini adalah milikMu, Hati ini adalah milikMu..